Panas!!! Selepas dihentam netizen, Imam Masjid Putrajaya bertindak padam hantaran sindir jemaah masjid

Panas!!! Selepas dihentam netizen, Imam Masjid Putrajaya bertindak padam hantaran sindir jemaah masjid

Kelmarin tular satu video isu panas melibatkan kes perlaksanaan solat jumaat disebuah masjid.

Kejadian dilaporkan berlaku di Masjid Putra, Putrajaya itu memaparkan gelagat kakitangan masjid ketika melayan jemaah yang berkunjung untuk menunaikan solat Jumaat.

Ketika jemaah dipaksa beratur menantikan giliran untuk dibenarkan masuk, kelibat VVIP dilayan dengan begitu baik sekalipun tiba lewat.

Meskipun hadir dengan permohonan maaf, namun perkara itu tidak berhenti di situ sahaja. Imam masjid tersebut kemudiannya menaikkan hantaran di FB menyindir perlakuan netizen yang menularkan video tersebut.

Dalam hantarannya, dia memaklumkan jumlah jemaah yang hadir berjemaah solat asar hanya 12 orang sahaja. Namun hantarannya menaikkan kembali kemarahan pengguna media sosial yang sudah reda.

Selepas hantarannya menjadi tular dan diserang hebat netizen, imam tersebut bertindak memadamkannya. Namun sehingga kini, tiada permohonan maaf dibuat oleh imam tersebut berkaitan hantarannya yang telah dipadamkan itu.