Panas!!! Selepas isu LCS, tumpuan mula tertumpu kepada kes penyelewengan dana PenjanaKerjaya oleh pemimpin MIC pula

Panas!!! Selepas isu LCS, tumpuan mula tertumpu kepada kes penyelewengan dana PenjanaKerjaya oleh pemimpin MIC pula

Bagi mereka yang tertinggal keretapi.

Dalam kita kecoh2 bercerita mengenai kapal halimunan TLDM LCS, ada satu lagi skandal yang saya percaya rakyat Malaysia perlu tahu.

Skandal dalam Program PenjanaKerjaya. Program ni tujuannya nak bolehkan rakyat Malaysia senang dapat pekerjaan. Kerajaan tolong hubungkan terus dengan majikan.

Masalahnya, program ni diseleweng! Ada satu kes ni melibatkan tuntutan palsu sampai RM423juta! Maksudnya, diaorg claim duit kerajaan, tapi pekerja nya tiada. Yilek! Claim menonong saja camtu.

SPRM lakukan tindakan segera menahan 37 individu.
Ramai kata yang ditahan tu banyak anggota MIC. Tapi Pengerusi MIC taknak mengaku.

Hingga lah pengadu kes ini, seorang Pengerusi NGO diserang dan dikelar di tengkuk Julai lalu. Dan diserang kali kedua, di mana dia ditoreh di lengan pula. Nasib baik, kejadian kedua ni sempat dirakam dalam video. Baru lah ramai buka mata.

MIC yang mula2 tak ngaku anggotanya terlibat, baru2 ini gantung seorang ahli sayap pemudanya. Beliaulah yang menyerang dalam video rakaman tersebut. Yang peliknya, mamat ni ada banyak kes jenayah lampau.

Ingat kualiti SAFT yang saya promote? Lepas ni kalau ada calon harus juga kita screen dulu betul2, kot2 bekas penjenayah. Nampaknya sekarang ni,ada juga yang menyusup masuk jadi ahli politik 😅

Apa impak kes seleweng ni tuan puan?

1. Lepasan SPM, golongan miskin yang perlukan pekerjaan, ditidakkan peluang mereka untuk bekerja. Diisi dengan “pekerja hantu” pula.

2. Industri kita yang sedang struggle sebab tiada pekerja, masih lagi tidak selesai masalah mereka.

3. Duit rakyat tiris dan dibazirkan beratus juta sebab claim palsu begini.

Siapa kata rasuah dan salah guna kuasa ni tak seteruk pegang anjing dan makan babi? Pikir2kanlah balik.

Nampaknya, BN masih belum lagi berkuasa sepenuhnya, tapi perangai ahli parti komponen nya masih lagi sama.

Kaut dan sakau selagi boleh. Macam negara ni makpak diaorg yang punya.

#ohmalaysiaku

Sumber – FB Liyana Marzuki