Panas!!! Selepas Nini Siron, giliran Mukhriz pula ‘londehkan’ Sanusi

Panas!!! Selepas Nini Siron, giliran Mukhriz pula ‘londehkan’ Sanusi

Nama Sanusi kembali hangat. Mana tak hangat, MB paling popular lah katakan.

Baru-baru ini, tular kisahnya ‘ditangkap’ ketika sedang ‘duduk-duduk’ dalam Ford Raptor ketika mencari makanan buat dijadikan bekal perjalanan ke Kuala Lumpur.

Jenuh berpencak silat setpolnya mengarang cerita panjang lebar justifikasi keberadaan bosnya dalam Ford Raptor tersebut.

Malangnya setpol Sanusi jenis tak khatam belajar menipu. Maklumlah anak imam besar masjid negara, mana nak biasa membohong. Jadi bila dia cuba berbohong demi kelangsungan hidup bosnya, nampak tempang dan mudah dipatahkan netizen.

Malunya bukan kepalang, tewas kepada seorang perempuan. Iya, Nini Siron yang berjaya membongkar salah laku Sanusi tempoh hari adalah seorang perempuan. Bukan janda ataupun minah rewang, tetapi seorang perempuan berkeluarga dan punya anak.

Meskipun segerombolan askar upahan yang sayangkan Sanusi dikerah menjatuhkan kredibiliti Nini Siron, namun perempuan itu tetap utuh dan konsisten mempertahankan pendedahannya. Berani kerana benar, dan dia sentiasa pastikan apabila berjalan otaknya dibawa bersama, mantiknya kepada Sanusi.

Persis Tun Teja perempuan bernama Nini Siron ini. Sanusi akhirnya mengalah dan mulai membocorkan sedikit demi sedikit penipuannya kepada umum setelah diperingatkan kedudukan cctv yang beroperasi di bandar Autocity Juru itu. Barangkali sebelum itu dia menyangka berada di Sik.

Semalam, meneruskan pembongkaran terkini terhadap MB Kedah itu ialah mantan MB Kedah yang dijatuhkan kerajaannya oleh Sanusi dan rakan-rakannya, Mukhriz Mahathir.

Dalam satu ciapan manjanya terhadap jejaka Sik itu, Mukhriz bertanyakan keabsahan laporan MIDF berkaitan laporan pelaburan suku pertama yang diterima Kedah sebanyak RM42.4 bilion jauh menewaskan Selangor yang dianggap gergasi pelaburan selama ini.

Mukhriz secara nakal bertanyakan Sanusi apakah pelaburan yang diluluskan Kedah sehingga mampu menjana perolehan sebanyak RM42.4 bilion itu agar kejayaan itu dapat dikongsi bersama-sama rakyat Kedah.

Menjengah ruangan komen, rata-rata mereka bersikap positif memperlekeh MB pelawak itu. Apa nak buat, mungkin itu je stok paling bagus yang Pas Kedah itu.