Panas!!! Selepas teruk dikecam, pemuda ini tampil pertahan kenyataan Ain Husniza dalam isu kebebasan beragama

Panas!!! Selepas teruk dikecam, pemuda ini tampil pertahan kenyataan Ain Husniza dalam isu kebebasan beragama

Kisahnya bermula.

1. Ada satu poster Ain memakai tudung dalam satu program

2. Viral poster itu sebab munculnya komen seorang individu yang menuduh beliau hipokrit, anak syaitan dan kurang ajar.

3. Siti Kasim mengulas isu berkenaan di twitter. Dia kata kenapalah si Ain tu pakai tudung untuk program berkenaan.

4. Ain jawablah balik Siti Kasim (SK), tak payah nak judge orang sangatlah berdasarkan appearance dia. Ikut suka hatilah nak pakai ke tak. Bukan satu dia jawab balik SK, tapi 4 kali.

5. Kira memang terciduklah SK. Bak kata budak twitter, SK disekolahkan budak SMK.

6. Rentetan dari itu, Ain meluahkan rasa dalam thread yang baru. (Yang divirakkan tweet yang atas tu je)

7. Thread tu sebenarnya khusus kepada isu Siti Kasim tadi.

8. Freedom of religion tu bukanlah dalam konteks kau bebas nak anut agama apa. Bukan macam tu. Tetapi naratif yang dibawa nak bagi tahu bila muslim ditekan, ia akan bawa trauma dan rasa tak senang dengan agama (orang agama sebenarnya).

9. Beliau bawalah contoh di France. Muslim yang pakai hijab ditekan disebabkan mereka ikuti ajaran Islam.

10. Beliau minta maaf dihujung thread berkenaan.

11. Beliau tulis begini disebabkan ada aktivis yang kata jangan pakai tudung bila bawa isu ini.

Tamat.

******

17 tahun. Form 5. Ikut akta bawah 18 tahun masih kanak-kanak lagi.

Orang dewasa yang matang akan mendepani isu ini seperti orang dewasa. Bila dia salah, tegur elok-elok. Jika itu tak betul, bagi tahu apa yang betul. Kena guide.

Bukan against beliau hingga munculnya aktivis liberal yang baru.

Saya dah berforum 2 kali dengan Ain ni. Satu di Spaces Twitter, satu lagi di Darah Muda, Bernama TV.

Kenapa saya beria-ia dok tulis pasal dia ni? Nak tunggang isu beliau ke seperti dakwaan sesetengah pihak?

Jawapannya tak. Saya nak Ain dan ayahnya tahu saya sentiasa bersama mereka. Bukan saya sahaja, tetapi Tuan Syed Azmi, Kak Fadhlina Sidek dan lain-lain.

Jauh dari sudut hati, saya menantikan kehadiran NGO-NGO Islam yang lain juga.

Sebab itu event ponteng sekolah yang dianjurkan oleh NGO acah-acah liberal, ayah Ain tulis mereka tak ada kaitan dengan event itu, juga tidak bersetuju.

Sama juga dengan Ain. Masa live bersama saya di Bernama TV, beliau sebut secara live tidak bersetuju dengan gerakan itu.

Jadi, menuduh beliau dipergunakan oleh golongan liberal adalah tidak tepat.

Begitulah.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi