Panas!!! Setelah bertemu gading bertuah, Pas mulai berani menyindir lagu keramat Umno

Panas!!! Setelah bertemu gading bertuah, Pas mulai berani menyindir lagu keramat Umno

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mengeluarkan kenyataan keras menyasarkan pemimpin Umno berhubung penolakan parti itu untuk bekerjasama dengan Bersatu bagi pilihan raya akan datang selepas Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai bersama ketika menjadi pembangkang tidak dilihat dalam situasi ketika ini.

Tuan Ibrahim turut mempersoalkan keyakinan yang ditunjukkan pemimpin Umno, dan menganggap parti tersebut sudah melupakan asas kerjasama dalam permuafakatan politik di antara kedua-dua parti.

“Apakah kita rasa cahaya di hujung terowong yang dilihat cerah, maka lampu ditangan perlu dibuang?

“Apakah bila hujan berhenti, maka payung perlu dicampakkan? Hebatkah kita kerana merasai kita kuat dengan ahli berjuta, lalu kita rasa dahulu sama dengan sekarang?

“Apakah dua parti lebih baik dari tiga kerana mendapat lebih banyak kerusi untuk bertanding, lalu kita berangan-angan akan pasti menang?”

“Jangan menang sorak, kampung tergadai. Menyanyilah lagu anak kecil bermain api, kalau tidak dihayati, ia akan membakar diri,” kata Tuan Ibrahim menujukan persoalan kepada pemimpin Umno.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu menyusuli kenyataan Abdul Hadi Awang hari ini yang menyimpulkan Umno sudah menyeleweng dari matlamat asal penubuhan MN selain turut mahu kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipertahankan.

Dalam kenyataan yang sama, Hadi turut menolak untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu, rakan politiknya dalam PN.

Tanpa menamakan Umno secara jelas, Hadi berkata PAS menolak kerjasama dengan mereka yang menunjukkan “tiada kesetiaan kepada negara dengan sifat melampau yang mencabar agama dan bangsa.

“Marilah bersama tawaran baharu ini iaitu berintegriti dan berkebajkan yang berpijak atas Perlembagaan Persekutuan yang meraikan masyarakat majmuk beragama dan berbangsa,” kata Hadi.

Tuan Ibrahim berkata MN dimeterai ketika Umno dan PAS berada dalam pembangkang dan menyasarkan untuk melindungi kepentingan Islam dan Melayu. – MN