Panas!!! Siapa Hishamuddin disebalik kemelut Ebit Liew vs Caprice?

Panas!!! Siapa Hishamuddin disebalik kemelut Ebit Liew vs Caprice?

Isu Ebit Lew nih sebenarnya berkisar kepada satu perkara ja.

Propaganda…. which in turn “masyuk”

Okay… Gua tahu tulisan gua nih mesti akan dikecam dan ditentang habis-habisan oleh puak-puak yang pro Ebit Lew. Tambah lagi dengan adanya sentimen agama yang dibawa olehnya serta elemen “mass brainwash” oleh puak-puak pentaksubnya.

Takpa… penulisan ini adalah dari sudut pandang personal gua sebagai bekas pegawai Operatif yang telah berkhidmat selama 24 tahun.

Gua takmo sorotkan semua benda … cuma gua nak pointkan kepada 3 senario yang berjaya mem”potrey”kan imej Ebit Lew sampai level “cult” nih… It’s all about propaganda yang akhirnya akan memberikan keuntungan komersial pada NGOnya.

Dana NGO Ebit Lew tue dikesan ader dua… Audited and non-audited. Yang itu biarlah pihak berwajib dan financial authority yang ambil tindakan.

1. Dimasa tiada seorang pun dibenarkan rentas daerah dan negeri (pada awal PKP1.0).. Ebit Lew dengan selambanya pergi kesana-sini atas agenda nak berikan bantuan dari NGO yang beliau kemudikan… Dia tahu cara mudah untuk membeli akses adalah dengan hulurkan bantuan kepada anggota-anggota yang mengawal disetiap SJR. Dan itu yang berlaku… sampaikan dari KL dier boleh ke Kedah/Perlis dan lepas itu siap ke Kelantan dan Johor Baharu.

Tiada satu pun dokumen kebenaran rentas daerah atau rentas negeri yang dia ada… Namus selepas isu ini menjadi kecoh dalam media, maka PDRM tertekan lalu ader seorang Pegawai PDRM pangkat tinggi terpaksa keluarkan kenyataan yang katanya Ebit Lew telah mendapat kebenaran khas dari PDRM walaupun sebenarnya kebenaran itu baru sahaja didokumenkan siap bertarikh backdated tanpa tarikh akhir. PDRM terpaksa buat damage cover untuk menjaga integriti PDRM itu sendiri.

Jadi selepas itu lagi panjanglah kaki Ebit Lew mengorakkan langkat cover 1Malaysia. Dan bertambah masyuklah mencurah-curah dana kedalam tabung NGOnya…

2. Insiden kedua … pula berlaku di Sabah… ketika Ebit Lew bertegas nak masuk ke Tawau, Semporna dan beberapa pulau disana untuk memberikan sumbangan. PDRM ada memberikan nasihat supaya Ebit Lew menyerahkan sahaja sumbangan tersebut kepada pihak NGO yang memang ada disana… namun Ebit Lew bertegas mahu turun padang juga supaya sesi photo dan video dapat diambil oleh teamnya.

Disebabkan kerana ini ada pegawai yang berikan kelulusan sementara untuk Ebit Lew masuk ke kawasan yang dikawal ketat oleh ESSCOM dengan diiringi oleh Unit Khas PDRM. Dan berita ini pula sampai kepada kepimpinan atasan PDRM lalu mereka tidak berikan “clearance”.

Jadi dengan batalnya program ini, maka Ebit Lew mula membuat beberapa post bergambar dalam sosial media dengan ayat-ayat propaganda yang kononnya Polis menghalang Ebit Lew memberikan bantuan. Ramai netizen terkesan dan ader yang marahkan pihak berkuasa. Isu ini menjadi panas seketika… dan PDRM tetap tidak berganjak dengan keputusan tidak membenarkan Ebit Lew kesana … supaya Ebit Lew hanya menyerahkan bantuan tersebut kepada team NGO lokal yang memang beroperasi disana.

Dan cadangan Polis inilah yang Ebit Lew tidak mahu ikut kerana peluang “propaganda”nya telah disekat.

Untuk pengetahuan korang… Jika Ebit Lew terus masuk ke sana… dengan duit tunai yang dibawa hampir bernilai setengah juta tak termasuk bekalan makanan dan sebagainya… bayangkan apa akan terjadi jika Ebit Lew berjaya diculik oleh Mundu atau mana-mana kumpulan pengganas… Agak-agak korang bagaimana pula dengan imej PDRM? Pastinya orang akan kata yang buruk-buruk je ngan PDRM.

PDRM terpaksa ambil tindakan “take action before it’s too late” bagi kes Ebit Lew di Sabah nih.

Baca juga propaganda Ebit Lew untuk menarik simpati dan sokongan (https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ebit-lew-dakwa-akan-dipenjara-3-tahun-sekiranya-teruskan-bantuan-di-sabah-280942)

3. Isu Ebit Lew di Gaza… yang ini menarik sebab isu ini membabitkan playground gua dan team Agensi yang pernah gua anggotai selama 24 tahun.

Pada masa ini imej yang dipotreykan oleh Ebit Lew sudah menjadi besar.. Imej philantropis (dermawan)nya telah mendapat perhatian dari VVIP dan Orang Politik. Dan ini sebenarnya adalah satu taktik propaganda yang terbaik untuk akses dan kabel bagi melakukan “stunt” diperingkat global.

Korang kena faham… jika “stunt” diperingkat global dapat dibuat dengan jayanya… sumbangan akan lebih masyuk dari sumber-sumber luar negara.. dan dengan masuknya kepada NGO… mudahlah urusan pemindahan dana tanpa banyak kerenah boleh berlaku…. Takpa … itu nanti gua storykan… maybe di artikel lain..

Berbalik ngan isu Gaza nih… Ebit Lew dapat kebenaran politik untuk pergi kesana. Dan sesampai disana pada awalnya Ebit Lew disekat untuk masuk ke Gaza .. dan bermulakan episod “propaganda” berlaku…

Ingat tak tiba-tiba dikatakan Ebit Lew hilang di sempadan Gaza… beberapa hari tiada berita tentangnya… wah.. ramai pentaksub kecoh di Sosmed… siap tuduh Kerajaan Israel punya angkara. Dan tiba-tiba Ebit Lew muncul dan buat propa sedih…. Hehehe (https://malaysiadateline.com/netizen-lega-ebit-lew-update-status-selepas-2-minggu-hilang-di-gaza/)

Kononnya terlalu sukar nak masuk ke Gaza.. walhal ramai sangai orang Malaysia secara peribadi atau sebagai NGO boleh ja keluar masuk ke Gaza… macam Heliza Helmi dan sebagainya… Kalu korang nak tau… nak masuk sampai ke Tel Aviv pon boleh.. Kerajaan Israel takder sekat dan larang pon.. hanya perlu isi satu dokumen ja… Passport pon tak perlu dicop… (dan anda akan dipantau sentiasa disana oleh Agensi Risikan Israel)…hehehe

Setelah itu dia dibenarkan masuk ke Gaza dan berlakulah apa yang Caprice ceritakan itu…

Okey.. untuk pengetahuan korang… ini apa yang Agensi dapat kutip dari saluran kami di Israel… Kerajaan Israel cukup cakna akan kehadiran Ebit Lew disempadan Gaza dan dalam proses nak masuk ke Gaza… dan mereka telah memaklumkan kepada agen-agen mereka di sempadan mengenainya.

Kerajaan Israel cukup risau kalu kebenaran diberikan kepada Ebit Lew untuk lepas ke sempadan Gaza kerana jika berlaku apa-apa ancaman terhadap Ebit Lew, yang akan kena tuduh dan buruk nama tentulah Kerajaan Israel…. ini their main concern… kata la ader sniper (tak kisahlah dari puak mana pun sniper tersebut) telah targetkan Ebit Lew… pastinya Kerajaan Israel yang akan dituduh dan dipersalahkan… Tambah lagi di Gaza… ader berpuluh-puluh wartawan dan media antarabangsa disana… dan pastinya benda macam ini amat perlu dielakkan oleh Kerajaan Israel.

Sebab itu Kerajaan Israel telah mengarahkan bahawa adalah lebih baik apa sahaja bantuan dari pihak Ebit Lew sewajarnya diagihkan terus kepada NGO tempatan di Gaza bagi mengurangkan risiko. Tapi inilah benda yang Ebit Lew tak suka sebab ianya akan menghilangkan nilai propaganda bagi dia dan NGOnya…

Bagi Ebit Lew …. dier perlu digambarkan sebagai dermawan yang turun kepadang… walaupun dikawasan paling bahaya… ini penting untuk imej dan propagandanya… dan jika ianya berjaya dibuat… maka akan lebih “masyuk”lah…

The rest is history…

Terpulanglah sama ada korang nak terima penjelasan dari sudut gua nih atau tidak… Gua takder hal…

By the way …. semua movement Ebit Lew dan Caprice di Gaza dipantau dengan baiknya oleh aset-aset serta operatif Agensi demi keselamatan mereka.

Kepada Tuhan kita berserah
Demi tanah air tercinta

Sekian,
TAMMAT.

Perkongsian dari Facebook