Panas!!! Tak perlulah kau sindir-sindir orang makan maggie, luah Naim Daniel kepada menteri

Panas!!! Tak perlulah kau sindir-sindir orang makan maggie, luah Naim Daniel kepada menteri

Artis muda negara semakin peka dengan situasi semasa rakyat negara ini semasa pandemik Covid-19 malanda.

Manakan tidak, golongan artis seperti mereka antara yang teruk terkesan apabila ‘job’ stesen tv berkurang teruk tatkala berdepan dengan sekatan PKP.

Meskipun dilihat tidak peka dengan masalah semasa, namun terdapat juga dikalangan mereka yang sentiasa berusaha membantu melepaskan rakan seperjuangan dalam industri mahupun rakyat kebanyakkkan dari kelemasan akibat kewangan yang meruncing.

Terbaru, Naim Daniel juara AJL 34 dengan lagunya Sumpah tahun lepas. Penyanyi muda yang baru menginjak usia 23 tahun itu begitu prihatin dengan nasib rakyat kebanyakkan ketika ini.

Malah, dia kelihatan begitu berang apabila melihatkan beberapa menteri yang dlihatnya mempermainkan nasib rakyat yang melarat teruk ketika ini.

Dalam ciapannya semalam, Naim dalam nada emosi mempersoalkan niat para menteri yang berlumba-lumba menayang aksi bodoh sedang menjamah hidangan mee segera kononnya memberitahu kebersamaan mereka dengan kesusahan rakyat ketika ini

Menurut Naim, pak-pak menteri perlu tahu mee segera sinonim dengan lambang kesusahan yang dihadapi rakyat ketika ini, malah ianya tidak harus dipermainkan mereka yang punya kemewahan sehingga tidak akan habis dimakan 7 keturunan mereka.

Ciapan Naim mendapat reaksi positif dari kalangan peminatnya. Rata- rata menyokong apa yang dibangkitkannya. Sehingfa kini, Ciapannya itu telahpun mendapat tanda likes lebih 30 ribu manakala ulang ciap hampir 25 ribu.