Panas!!! Terdesak kekalkan Kuala Kurau, ‘YB Hensem’ diramal sertai PKR

Panas!!! Terdesak kekalkan Kuala Kurau, ‘YB Hensem’ diramal sertai PKR

Dari tengahari hingga ke malam saya mempunyai jadual yg padat. Bermula bertemu bekas Exco Perak YB Hasnul iaitu pertemuan yg saya nanti2kan. Saya mahu bertemu dgnnya kerana ingin bertanya sendiri apa sebenar berlaku. Sesuatu yg berlaku mesti ada sebabnya… saya tidak mahu mendengar dari mulut org lain..byk garam dan gulanya nanti.

Seperti Siti Aishah mahupun YB Hasnul mereka anak muda. Orang muda seperti saya dahulu ada salah dan silap saya dlm kehidupan. Org lain bila saya jatuh (perniagaaan) ada yg menghina sb tak tahu kisah sebenarnya, tapi saya bangkit.

Jadi saya cuba menyelami isi hati anak muda ini yg juga merupakan bekas Ketua Pemuda Amanah. Kami bertemu di sebuah restoran. Kami sudah berbual sebelum ini samada melalui Whatsapp atau panggilan telefon. YB Hasnul memanggil saya Abang.

Saya sgt tertarik dgn budi bahasanya. Walaupun beliau bergelar YB tapi apabila bersalam ia menunduk diri. Lebih sejam kami berbual dari kisah peribadinya hingga ke beberapa isu terkini dan apa yg berlaku krisis di negeri Perak baru2 ini.

Pertemuan kami terpaksa disingkatkan kerana saya ada dua lagi temujanji. Selepas bertemu dgnnya saya merenung jauh memikirkan karier politik beliau. Seorang anak muda yg sgt berbakat, sgt kuat bekerja, mempunyai vision and mission tetapi situasi ketika itu yg memerangkapnya dlm membuat keputusan. Tentu saya merasakan satu kerugian kehilangan tokoh2 muda Perak.

Ya kita mudah menyalahkan kesalahan seseorang dari apa yg kita lihat. Tapi jika kita berada dlm situasi yg dilaluinya ketika itu… kita akn memahami apa yg berlaku.

Saya tidak meletakkan kesemua kesalahan kpdnya. Bagi saya ibu segala punca berlaku kekacauan politik negara adalah dari Tun Mahathir. Kerana agenda Tun la senario politik negara jadi tidak menentu. Ada yg dipujuk, ada yg diugut dan ada yg terkeliru. Akhirnya berpuluh MP dan ADUN diganggu gugat hingga terjadi seperti skg. Politik negara tidak panas aman dan ramai yg terperangkap.

Tidak byk yg boleh saya kongsikan bersama dlm perbualan kami. Saya memegang kpd prinsip ada perkara yg boleh dikongsikan bersama public ada yg hanya menjadi rahsia antara beliau dan saya.

Hanya pesanan saya kpd YB Hasnul… teruskan khidmat di kawasannya. Hanya masa yg menentukan masa depan politiknya. Doa saya agar beliau tabah dlm menghadapi gelora politik yg menggila ketika ini.