Panas!!! Teruja kibar bendera Bersatu, Shahidan diadukan ke Lembaga Disiplin

Panas!!! Teruja kibar bendera Bersatu, Shahidan diadukan ke Lembaga Disiplin

Y.B. Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan Setiausaha Agung UMNO,

Ibu Pejabat UMNO,
Tingkat 38, Menara Dato’ Onn,
Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.

Y.B. Datuk Seri,

ADUAN PERLANGGARAN DISIPLIN PARTI OLEH Y.B. DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM, KETUA UMNO BAHAGIAN ARAU

Didoakan semoga Y.B. Datuk Seri dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan serta diberkati Allah s.w.t dalam melaksanakan tugasan harian.

2. Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara diatas ingin saya mengemukakan aduan kepada Y.B. Datuk Seri berhubung beberapa tindakan Y.B. Dato’ Seri Shahidan bin Kassim, Ketua UMNO Bahagian Arau, yang secara jelas telah melanggar disiplin dan tataetika sebagai ahli UMNO.

3. Untuk makluman Y.B. Datuk Seri, ketika Majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Arau pada 17 Oktober 2021 jam 9.00 malam di Pusat Khidmat Kubang Gajah, Y.B. Dato’ Seri Shahidan bin Kassim selaku Ketua UMNO Bahagian Arau telah melakukan perkara-perkara berikut:

3.1. Mengibarkan bendera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama-sama bendera UMNO sebagai hiasan di ruang majlis perasmian.

3.3. Mengedarkan draf usul yang jelas bertentangan dengan keputusan parti kepada Ketua-Ketua Cawangan dan Ketua-Ketua Sayap Cawangan.

3.3. Membuat ucapan yang jelas bertentangan dengan keputusan parti kepada Ketua-Ketua Cawangan dan Ketua-Ketua Sayap.

4. Aduan ini secara asasnya dibuat bagi mengelakkan kekeliruan yang berterusan dikalangan ahli-ahli dan pimpinan pelbagai peringkat, khususnya di Bahagian Arau dan di negeri Perlis. Bersamasama ini saya sertakan bahan-bahan bukti bagi menyokong aduan ini.

5. Sehubungan dengan itu, demi menjaga nama baik dan maruah parti, serta mengelakkan masalah perpecahan yang lebih serius pada masa hadapan, besarlah harapan saya sekiranya aduan ini dapat diberi perhatian yang sewajarnya oleh Y.B. Datuk Seri agar tindakan dan pengajaran yang tegas tanpa memilih-bulu dapat diambil.

6. Perhatian dan pertimbangan daripada Y.B. Datuk Seri saya dahului dengan ucapan setinggitinggi penghargaan.

Sekian, terima kasih.

“BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT”

Hormat dari saya,

SYED ATIF BIN SYED ABU BAKAR
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau.