Panas!!! Tiada lagi aksi genggam penumbuk, warganet anggap GAMIS takut berdepan MCA

Panas!!! Tiada lagi aksi genggam penumbuk, warganet anggap GAMIS takut berdepan MCA

[ GAMIS KONSISTEN MENENTANG UEC ]

1. GAMIS mengambil maklum pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai pengambilan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ambilan Tahun 2021 yang turut memasukkan sijil Unified Examination Certificate (UEC) sebagai salah satu syarat kelayakan.

2. Umum mengetahui UEC merupakan sistem Peperiksaan sekolah Menengah vernakular yang dibenarkan beroperasi dengan sistem dan silibus berpaksikan pendidikan Taiwan serta ditadbir urus oleh pihak Dong Zong sejak tahun 1975. Sistem ini jelas bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996, Falsafah Pendidikan Negara, Kurikulum Kebangsaan dan sistem Peperiksaan Kebangsaan.

3. Justeru, GAMIS ingin mengulang pendirian untuk menolak sistem UEC sepertimana pendirian yang telah ditegaskan dalam memorandum pada tahun 2018:
https://www.facebook.com/175982485876128/posts/1254849647989401/?app=fbl
Mengiktiraf sistem yang jelas bersifat anti-nasional hanya merugikan pihak KPM bahkan membelakangkan nilai-nilai perpaduan dalam negara.

4. GAMIS ingin mengingatkan kerajaan agar bersifat tegas terhadap mana-mana pihak yang ingin memperkenalkan apa-apa jenis pendidikan yang bercanggah dengan Falsafah Pendidikan Negara sekaligus memastikan setiap sekolah vernakular menghormati sistem pendidikan negara.

5. GAMIS juga mendesak kerajaan supaya menilai kembali keputusan mengiktiraf UEC dalam syarat kelayakan pengambilan calon guru bagi tahun 2021 demi menjaga identiti pendidikan negara dan aspirasi perpaduan nasional.

MEMIMPIN KEBANGKITAN MAHASISWA

Muhammad Arif Hakimi bin Maludin,
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 2021

16 JULAI 2021 | 6 ZULHIJJAH 1442H

#TolakUEC
#GAMIS2021