Panas!!! Timbalan Menteri Luar dituduh ‘kaki kencing’

Panas!!! Timbalan Menteri Luar dituduh ‘kaki kencing’

Pejabat Konsulat Malaysia di Dubai tolak Keluarga Malaysia.

Isteri saya Zarina Halim telah selamat kembali ke Tanahair dari Dubai menyertai Dubai International Championshil Bowling. Selama 11 hari di Dubai..

2. Sekali pun Pejabat Konsulat Malaysia tidak pernah melawat dan bertanya khabar.

3. Baru saya tahu, pejabat Konsulate Malaysia di Dubai jaga pembesar. Menteri dan VIP yang mesti bergelar Tan Sri, bukan Rakyat Malaysia.

4. Walau pun saya telah memaklumkan kepada Ahli Parlimen saya Dato Kamarudin Jaafar yang juga Timbalan Menteri Luar..

5. Saya di beri tahu bahawa Pegawai Konsulat tidak boleh melawat rombongan Malaysia kerana sibuk menjaga dan mengiring Tan Sri Norza Zakaria.

6. Rombongan peserta Bowling senior bukan rombongan Mak Cik kiah melawat Expo Dubai. Itu rombongan membawa Bendera Malaysia ke persada Antarabangsa dalam sukan Bowling.

7. Mungkin tindakan pegawai Konsulate Malaysia di Dubai itu .. betul dan tepat. Kerana gaji dan elaun di bayar oleh Tan Sri dan para VIP dan bukan oleh rakyat Malaysia.

8. Tidak kan tidak ada masa berjumpa dan melayan rombongan pemain yang membawa
bendera Malaysia yang berada di sana selama 11 hari. Rai kan dengan minum tea, jika tidak makan malam.

9. Apa bendanya Keluarga Malaysia ini. Dan apa jadah Kementerian Luar bayar gaji ribu2an kepada penasihat kebudayaan jika Pegawai Konsulate tidak ada budaya Malaysia.

10. Atau Wisma Putra menolak komsep Keluarga Malaysia yang di bawa oleh Dsri Ismail Sabri Yaakob. Kerana Menteri dan Tim Menteri dari Perikatan Nasional.

Isteri saya dan rombongan tidak ada masalah atas sikap Pejabat Konsulate Malaysia di Dubai. Tetapi isteri saya ada menyebut, “kawan abang tu (Tim Menteri) kaki kencing lah.. Talipon sekali kemudian yang kedua dia sibuk dengan seorang Tan Sri’ – zmy

Sang Kelembai
Nov 27, 2021
Kuala Lumpur.