Panas!!! TMJ ‘sound’ KM Melaka

Panas!!! TMJ ‘sound’ KM Melaka

Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga Penaung Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) sekali lagi mencetus gempar apabila menegur Ketua Menteri Melaka di atas kegagalan Presiden Melaka United itu melunaskan bayaran gaji pemain pasukan tersebut.

Menurut laporan Utusan Online, teguran TMJ itu dilakukan menwrusi perbualan WhatsApp bersama Presiden Melaka United, Datuk Seri Sulaiman Mohd. Ali meminta beliau agar menyelesaikan tunggakan tiga bulan secepat mungkin.

“Salam Datuk, saya harap Datuk dalam keadaan sihat. Datuk pasukan Melaka tidak bayar gaji pemain sudah tiga bulan. Tak bagus untuk ‘image’ integriti pasukan Melaka dan juga kebajikan, serta ‘welfare players’. Tolong selesaikan isu ini Datuk. Terima kasih,” kata Tunku Ismail kepada Sulaiman.

Isu tunggakan gaji yang membelenggu pasukan dilaporkan telah berlarutan sejak Oktober lalu.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, isu gaji bukan sahaja menyukarkan pemain dan pegawai pasukan untuk meneruskan kelangsungan hidup, malah tidak bagus untuk imej skuad Hang Tuah.

Teguran itu kemudiannya disambut dengan nada positif apabila Sulaiman yang juga Ketua Menteri Melaka berjanji akan menyelesaikan tunggakan itu.

“Wassalam Tunku. Semoga Tunku sentiasa di bawah rahmat Allah SWT. Insya-Allah patik akan usahakan perkara ini sebaik mungkin. Terima kasih,” balas Sulaiman.

Beberapa pemain Melaka United meluahkan kesukaran mereka, terutama menjadi buruan bank dalam media sosial gara-gara tidak menerima gaji sejak Oktober lalu.

Perkembangan terbaharu Melaka itu mengejutkan banyak pihak, terutama pasukan tersebut tampak ‘tenang’ menuju penghujung musim lalu dengan melayakkan diri sehingga ke separuh akhir Piala Malaysia.

Semalam, PFAM turut mengesahkan sudah menghantar notis tuntutan kepada Melaka United agar menyelesaikan isu tunggakan gaji sebelum 19 Januari.

Melaka menjadi negeri kedua ditegur TMJ berkaitan isu melibatkan pembayaran gaji pemain bolasepak.

Sebelum ini, TMJ turut menegur MB kedah, Sanusi Mohd Nor selepas pasukan Kedah Darul Aman FC juga dilaporkan gagal melunaskan pembayaran gaji pemainnya.