Panas!!! Tular gambar Ismail Sabri dan kawan rapatnya sedang bergembira di dalam jet kerajaan

Panas!!! Tular gambar Ismail Sabri dan kawan rapatnya sedang bergembira di dalam jet kerajaan

Dunia maya digemparkan dengan kehadiran beberapa keping gambar melibatkan PM baharu Malaysia, Ismail Sabri Yaakub.

Gambar tersebut dikatakan diambil di dalam jet rasmi kerajaan ketika dalam perjalanan lawatan rasmi pertama Ismail Sabri selepas dilantik sebagai PM.

Antara yamg kelihatan di dalam gambar tersebut ialah Mahadzir Khalid dan Tajuddin Abdul Rahman antara kawan rapat beliau yang menyokong Perikatan Nasional sewaktu Muhyiddin menjadi PM sebelum ini.

Ketika carian dibuat di laman FB rasmi Ismail Sabri, dia dijadualkan berada di Kedah bagi menziarahi mangsa ‘Kepala Air Jerai’ seterusnya menyampaikan sumbangan berjumlah RM5 ribu seorang kepada semua mangsa yang terlibat.

Sementara itu, tiada maklumat lanjut berkaitan pembabitan beberapa MP dalam rombongan tersebut. Namun ada yang beranggapan, Ismail mengambil kesempatan berbincang menyusun senarai keanggotaan kabinet yang akan dibentuk sedikit masa lagi.