Panas!!! Tular surat pemecatan Hishamuddin daripada UMNO

Panas!!! Tular surat pemecatan Hishamuddin daripada UMNO

 

Politik negara terus bergolak usai pertemuan ketua-ketua parti politik utama bersama YDPA selama 3 hari bermula Rabu lepas.

Ramai membuat andaian, kerajaan PN bakal berdepan ‘hukuman’ selepas gagal memanfaatkan peluang keemasan memperbaiki situasi Covid-19 selepas diberi izin YDPA mengadakan darurat.

Tambahan pula, susunan aturcara bertemu YDPA dilihat memberi bayangan PH bakal beroleh peluang baru apabila tiga parti komponennya menjadi tetamu YDPA selepas sahaja Muhyiddin selesai menghadap.

Melihatkan kegawatan yang bakal timbul, Azmin dikhabarkan bersegera melakukan tindakan kontigensinya mengadakan pakatan dengan Hishamuddin menggerakkan kutipan sokongan SD kepada MP bagi mendapatkan mandat merehatkan Muhyiddin seterusnya menaikkan bisannya, Hishamuddin sebagai PM.

Malah dia sendiri dinamskan sebagai TPM sekiranya gerakkan ini berjaya. Namun malangnya gerakkan mereka berjaya dihidu PKR apabila Pengarah Komunikasimya, Fahmi Fadzil pantas mengeluarkan kenyataan rasmi mendakwa tindakan jelik Azmin menagih sokongan MP bagi mengaut keuntungan peribadinya.

Bertindak daripada laporan tersebut, tular 1 surat pemecatan yang dikeluarkan UMNO terhadap Hishamuddin. Meskipun keabsahan surat tersebut masih dipertikaikan, namun menurut maklumat dalaman, UMNO sememangnya hanya menanti masa untuk bertindak terhadap sepupu Najib Razak itu.

Hishamuddin selepas partinya kalah PRU-14 dilihat lebih cenderung senada dengan kerajaan PH, malah pada satu ketika menawarkan khidmat secara percuma kepada kerajaan PH bagi membantu membawa pulang Jho Lo dari tenpat persembunyiannya.

Maka jika terbukti benar surat pemecatannya, ianya tidaklah dianggap satu kejutan buat UMNO mahupun Hishamuddin sendiri. Sememangnya pakatan Azmin-Hishamuddin dilaporkan telah berjaya mempengaruhi ramai MP PN sehingga merisaukan Muhyiddin sendiri. Kredit haruslah diberikan kepada Azmin yang sememangnya handal melakukan kerja-kerja khianat.