Panas!!! Umno dan Bersatu terus bergaduh

Panas!!! Umno dan Bersatu terus bergaduh

Gara-gara memuatnaik posting gambar yang diambil semasa Plihanraya Negeri Sabah yg lalu, Armada Bersatu menyelar tindakan tidak bertanggungjawab Datuk Asyraf Wajdi Dusuki demi meraih populariti murah dan cubaan menjatuhkan imej parti tonggak kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin itu.

Walaubagaimanapun setelah menyedari kesilapannya, Ketua Pemuda Umno itu telahpun menurunkan posting tersebut, namun masih belum membuat permohonan maaf secara rasmi kepada Armada Bersatu.

DR. ASYRAF WAJDI PERLU LEBIH BERTANGGUNGJAWAB, HENTIKANLAH FITNAH

ARMADA BERSATU berpendapat bahawa Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Asyraf Wajdi Dusuki perlu segera hentikan segala tohmah dan fitnah yang sering dilemparkan ke atas gabungan Perikatan Nasional (PN).

Amaran ini adalah rentetan dari hantaran (posting) menerusi laman rasmi ‘Dr Asyraf Wajdi Dusuki’ bertarikh 8 Februari 2021 sekitar jam 6.00 petang yang kemudiannya telah dipadam oleh beliau dipercayai setelah dikecam hebat oleh pelayar ‘Facebook’ kerana fitnah dan juga sentimen negatif ke atas Perikatan Nasional yang cuba ditanam beliau dapat dikesan.

Menerusi hantaran beliau, Asyraf Wajdi telah menabur fitnah dengan memberikan gambaran bahawa gabungan Perikatan Nasional sedang bersiap sedia mempersiapkan bahan-bahan bagi menghadapi PRU15 dalam keadaan darurat.

Asyraf Wajdi telah memuat naik sejumlah imej yang merupakan gambar-gambar sepanjang kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah dipercayai dengan hasrat memburukkan imej PN. Pun begitu salah satu gambar

Selaku wakil kepimpinan dari negeri Sabah, saya dapat mengesahkan hal ini malah Asyraf Wajdi sendiri menyedari hakikat tindakannya kerana salah satu gambar yang dimuat naik jelas tertera keratan borang bertarikh 5 September 2020, iaitu sewaktu rakyat Sabah berhadapan dengan PRN.

ARMADA BERSATU dengan ini, sekali lagi memberikan amaran dan mengingatkan Asyraf Wajdi supaya insaf dan mengehentikan segala jenis fitnah yang sering dilontarkan beliau ke atas Perikatan Nasional, Bersatu dan juga ke atas YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. ARMADA tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya hal ini berulang.

MANDELA MALAKUN
Naib Ketua ARMADA Nasional

9 FEBRUARI 2021