Panas!!! Video Ismail Sabri bikin Tok Uban mengamuk teruk

Panas!!! Video Ismail Sabri bikin Tok Uban mengamuk teruk

Wow! Buat video pula.

Takkan bila menang, jadi PM. Bila kalah, orang lain yang salah.

DS Ismail Sabri adalah Perdana Menteri yang membubarkan Dewan Rakyat setelah bentangkan Bajet 2023 (yang tidak dibahas). Dalam masa tempoh PRU15, DS Ismail juga ‘caretaker PM’.

Sambil itu, ‘poster boy’ BN juga, iaitu kalau BN menang, akan jadi PM.

Tapi BN kalah, dan DS Ismail letakkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada DS Zahid sebagai Presiden UMNO.

Ambiklah sikit share.

DS Najib semasa PRU14 adalah PM dan juga Presiden.

Pada PRU15, Zahid ialah Presiden dan DS Ismail adalah Perdana Menteri.

Mengapa hanya Presiden UMNO yang kena ‘besar hati’ menerima tanggungjawab parti kalah?

Kalau pun DS Ismail yang berjawatan Perdana Menteri dan berkedudukan ‘poster boy’ tidak langsung ada impak ke dalam PRU15 ini sehingga BN kalah, tapi tetap DS Ismail ‘ada saham’ dalam prestasi BN juga.

Takkan bila menang, jadi PM. Bila kalah, orang lain yang salah.

Steadylah sikit.

#HonestPolitics


Sumber – FB Shahrir Samad – Tok Uban