Panas!!! [VIDEO] Sanusi tagih simpati wartawan pertahan tindakannya pandu uji Raptor

Panas!!! [VIDEO] Sanusi tagih simpati wartawan pertahan tindakannya pandu uji Raptor

Nama Sanusi terus panas di media sosial buat sehari dua ini. Isu bermula dari hantaran seorang wanita bernama Nini Sirun yang memuat naik kelibat MB Kedah itu di pusat jualan Ford, Juru Autocity.

Dalam tulisannya, dia mendakwa telah melihat Sanusi berbual dengan seorang jurujual mengenai sebuah pikap Ford Raptor. Dalam masa yang sama, Sanusi dilihat membuat ‘test drive’ pikap tersebut, satu kesalahan ketika PKP ini.

Setelah tular berita tersebut, Sanusi pantas menafikan dakwaan wanita tersebut. Setpolnya, Afnan ligat mencari idea menulis karangan mempertahankan bosnya dari diserang warganet.

Namun, semakin dipertahankan semakin terserlah pembohongan yang cuba dilakukan kayangan Mentalon itu. Warganet Malaysia lantas berjaya membuktikan kesemua isi karangan Afnan itu merupakan cerita yang direka-reka. Tidaklah logik mencari makanan dia kedai Co2 @ Eco.

Lebih kelakar, Sanusi sebagai ketua negeri Kedah sendiri tidak tahu pihak PLUS tidak menutup gerai-gerai makanannya di sepanjang RnR mereka. Lekeh sungguh dapat pemimpin bodoh mcm ni, sindir warganet.

Disebabkan isu menjadi panas, mengelak dari dituduh mengadakan pendakwaan berpilih-pilih, maka pihak polis mahu tidak mahu terpaksa membuat satu kenyataan media akan bertindak memanggil Sanusi untuk merakam keterangannya.

Namun, sebelum sempat memberi keterangan kepada polis, Sanusi telah memanggil wartawan bagi menjelaskan isu tersebut. Dalam video yang dimuat naik oleh Urus Setia Penerangan Darul Aman, Sanusi mengambil masa hampir 30 minit menerangkan kronologi isu yang menjadi perhatian maya itu.

Dengan nada menagih simpati, dia turut mendakwa dirinya tidak bersalah malah menjadi mangsa wanita tersebut pula. Loqlaq sungguh. Sanusi turut bermurah hati memaafkan wanita tersebut atas kesalahan mengaibkannya, sambil berrhajat menghadiahkan telefon baru agar wanita tersebut dapat melakukan perkara lebih bermanfaat.

Apapun yang cuba disampaikannya, Sanusi sebenarnya telah memerangkap dirinya sendiri apabila memberi kenyataan awal berkenaan isu tersebut kepada wartawan bukannya polis. Sekiranya didapati bercanggah nanti, ianya dilihat bakal memanjangkan lagi kes yang sepatutnya boleh diselesaikan awal.

Walau apapun keputusannya, warganet sempat berpesan. Selain diperhatikan ALlah, Sanusi kena ingat dia juga turut diperhatikan CCTV pusat pameran Ford itu.