Panas!!! Zahidi tuntut Najib pulangkan semula RM114 juta milik UMNO

Panas!!! Zahidi tuntut Najib pulangkan semula RM114 juta milik UMNO

Wang sitaan RM114 juta yang didakwa derma kepada UMNO tidak akan dituntut parti selepas tiada arahan daripada Majlis Tertinggi untuk mengambil tindakan susulan berhubung isu wang tersebut, dedah sumber kepada Agenda Daily.

Sumber dalaman memberitahu badan tertinggi UMNO itu tidak ada mengeluarkan sebarang arahan kepada peguam parti untuk menuntut wang tersebut di mahkamah walaupun sebelum ini bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Razak mendakwa wang RM114 juta adalah derma kepada parti.

“Lebih baik (tanya) Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam bagi pihak Najib jawab. Saya tak tahu sebab saya tak terlibat.

“Lebih baik hubungi Tan Sri Shafee sebab dia yang handle (kendalikan),” kata sumber itu kepada Agenda Daily.

Pendedahan sumber kepada Agenda Daily secara tidak langsung mengesahkan UMNO tidak akan menuntut wang sitaan tersebut kerana sumber juga adalah salah seorang peguam yang sering digunakan UMNO dalam mengendalikan kes-kes membabitkan parti itu.

Agenda Daily sedang mendapatkan penjelasan daripada Shafee berhubung status wang RM114 juta tersebut memandangkan beliau sebelum ini memberi tempoh 24 jam kepada pihak berkuasa supaya memulangkan semula wang itu dan akan menghantar permohonan kepada Pejabat Peguam Negara.

Bagaimanapun, sudah lebih beberapa minggu berlalu namun tidak ada sebarang kenyataan rasmi daripada Shafee mahupun Najib dikeluarkan berhubung isu tuntutan wang tersebut.

Terdahulu, Najib mendakwa wang tersebut adalah derma kepada UMNO dan parti akan menuntut wang tersebut.

Kenyataan itu bercanggah dengan kenyataan awal Shafee yang mengatakan wang tersebut akan dituntut bersama Najib dan UMNO, ia kemudiaannya akan dibahagikan secara sama rata.

Sementara itu, seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin juga memberi maklumat sama dengan mendakwa Majlis Tertinggi masih belum membuat keputusan berhubung isu wang sitaan tersebut.

“Saya sendiri pun tak tahu duit itu dekat mana, itu kena tanya dengan Majlis Tertinggi UMNO lah. Kita pun tak tahu duit itu dah dapat ke tak dapat, duit itu dekat mana, kita pun tidak tahu,” katanya kepada Agenda Daily.

Jelasnya, wang tersebut masih belum dipulangkan kerana tidak dituntut secara rasmi lagi oleh UMNO namun sekiranya sudah dipulangkan ia perlu diagihkan kepada semua bahagian UMNO seluruh negara untuk digunakan sebagai persediaan pilihan raya nanti.

“Mahkamah dah bagi balik tapi duit itu belum dapat balik.

“Jangan ada pihak tertentu susahkan UMNO nak dapatkan balik duit itu… Bila kita dah dapat duit itu, ia perlulah diagihkan kepada semua bahagian. Jangan pula duit itu digunakan pihak tertentu sahaja,” katanya lagi.

Baru-baru ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam penghakimannya, berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wang dirampas dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd itu diperoleh daripada kesalahan pecah amanah.

Bagaimanapun, status wang berjumlah RM114,164,393.44 tidak diputuskan selepas tiada sebarang perintah dikeluarkan mahkamah sama ada ia akan dikembalikan kepada pemilik atau disimpan kerajaan.

Untuk rekod, Najib dan UMNO masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung status wang tersebut.

Sumber: https://www.agendadaily.com/politik/umno-tak-tuntut-rm114-juta-ahli-mt-umno-dakwa-dirahsiakan/