Panas!!! Zul enggan bertanggungjawab

Panas!!! Zul enggan bertanggungjawab

Pelakon Zul Ariffin menafikan menjadi punca hubungan pelakon Intan Najuwa dan kekasih, Razrul Anwar Rusli, 40, putus sekali lagi.

Zul berkata, dia tidak tahu-menahu mengenai perkara itu sehingga ditanya pihak media.

“Bukan saya tak ada kerja lain nak jadi punca perpisahan Intan dan bekas tunang dia. Lagipun sebelum ini, isu membabitkan kami berdua disebabkan drama gandingan kami dan saya pun tak baca mengenai cerita dia sah putus.

“Saya tak tahu pun (Intan putus tunang). Saya tahu ini pun sebab orang cakap. Tapi apa nak buat, saya memang sudah selalu dikaitkan dengan macam-macam benda.

“Jadi saya dah tak kisah pun sebab ini bukan kali pertama nama saya dikaitkan. Jadi suka hati la,” katanya.

Zul ditemui pada majlis tayangan perdana filem Penunggang Agama di sini, hari ini.

Terdahulu, berita perpisahan Intan dan kekasih kembali menjadi perhatian warganet apabila pelakon Setelahku Dimiliki itu menjawab soalan peminat di Instagram Story menerusi Ask Me Question, hari ini.

Intan ditanya mengenai kelibat tunangnya yang sudah tidak kelihatan di laman sosial.

“Alamak, ada lagi soalan ini. Kami dua sudah lama buat hal masing-masing. Dia sudah gembira dengan kehidupannya. Saya pun sudah gembira dengan kehidupan saya. Harap lepas ini tiada soalan ini lagi,” katanya.

Intan dan Razrul pernah bertunang pada 18 Ogos 2018. Namun berpisah pada Februari tahun lalu.

Kemudian, menerusi laporan Harian Metro pasangan itu dikatakan kembali bersama selepas Intan muat naik hataran foto di Instagram yang memaparkan dia bersandar di bahu lelaki itu di dalam kereta pada Jun tahun lalu.

Bagaimanapun, ketika itu Intan tidak mengesahkan dia dan bekas tunang kembali bersama, sebaliknya mengakui mereka masih berkawan baik. – HM