Panass!!! Serangan balas doktor pro Pas ini mudah ditangkis Dr Musa

Panass!!! Serangan balas doktor pro Pas ini mudah ditangkis Dr Musa

Isunya bermula dari 1 ciapan Pakar Perunding Pediatrik Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr Musa Mohd Nordin yang menegaskan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan mesti mengatur program pendaftaran vaksin secepat mungkin.

“Daftar macam ghairah bila daftar pengundi Pas! Pandu mereka ke Pusat Vaksin (PPV) macam pandu pengundi ke pusat undi.

“(Ada) Kereta baru Mercedes ‘kan?” sinisnya merujuk kepada langkah kerajaan Kelantan membeli kereta Mercedes Benz untuk kegunaan rasmi pegawai SUK dan ahli MMK.

“Jangan ceramah saja! Buat kerja sikit! Gaji Exco pun dah melambung naik ‘kan?” katanya di Twitter berserta tanda pagar #PasGagal.

Berang dengan serangan terhadap Pas, seorang doktor pakar keluarga yang diketahui pro Pas muncul menjawab serangan Dr Musa itu.

Dr Suhazeli yang berasal dan bertugas di Terengganu menegur Dr Musa agar mengenepikan dahulu sarkastis politik merujuk tanda pagar #PasGagal Dr. Musa sambil mendedahkan kegagalan kerajaan negeri di bawah PH yang turut gagal dalam peratus penerimaan vaksin yang jauh rendah.

Sambil berkata tiada siapa pun membuat tanda pagar #PHgagal disebabkan peratusan rendah penerima vaksin tersebut, dia meminta Dr Musa agar tidak bersikap tuding jari sambil mengajaknya bersama-sama mencari solusi.

Namun ianya tidak terhenti setakat itu. Dalam respon pantas Dr pro Pas tersebut, Dr Musa membangkitkan persoalan siapakah yang menentukan agihan vaksin kepada Dr Suhazeli. Adakah urusan negeri ataupun kerajaan pusat, soalnya lagi.

Dia menambah lagi, isu yang dibangkitkannya adalah pendaftaran mendapatkan vaksin bukannya isu berapa ramai yang telah divaksin. Malah katanya Selangor dan Lembah Klang telah menerima limpahan pendaftaran untuk mendaptkan vaksin berbanding negeri Kelantan yang diberitakan baru-baru ini antara negeri terendah mendaftar mendapatkan suntikan vaksin diantara negeri-negeri dalam Malaysia. Tambahnya, kenapa seramai 10 ribu peserta yang telah didaftarkan gagal hadir mendapatkan suntikan vaksin?

Tugas selepas itu diambil alih olrh ‘bawang rangers’. Kelihatan akhirnya Dr Suhazeli tewas teruk dengan soalan demi soalan yang dibangkitkan tentera bawang Malaysia ini. Memang patutla Israel begitu geram dengan Malaysia.