Panduan paling ‘win’ bagaimana berdepan dengan ‘scammer’ tempahan makanan

Panduan paling ‘win’ bagaimana berdepan dengan ‘scammer’ tempahan makanan

Isu peniaga berdepan penempah makanan yang gagal hadir mengambil tempahan yang telah dibuat dilihat semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Sekiranya makanan yang ditempah dalam kuantiti sedikit, ianya tidaklah begitu menggusarkan peniaga.

Namun sekiranya melibatkan tempahan dalam kuantiti besar, sudah tentu ianya sangat membebankan terutama dengan kos modal yang telah dikeluarkan.

Malah, ianya boleh dianggap sengaja bertujuan menganiaya peniaga tersebut.

Menerusi satu perkongsian oleh Gabs Hafiz menerusi FB miliknya, dia berkongsi kaedah bagaimana langkah yang perlu diambil peniaga ketika berdepan dengan pelaku tersebut yang digelarnya ‘scammer makanan’.

Scammer makanan?

Macam mana cara mau elak supaya kita tidak kena scam. Abang kongsi cara abang buat ok gais.

Abang nie jenis tidak mau pening kepala contoh. Hari nie ada orang chat untuk deal makanan catering / bertapau. Sudah bagi sebut harga, sudah bagi senarai menu.

Kalau si dia setuju, 50% deposit bank in sekarang. Kalau dia cakap “boleh ka nanti masa hari kejadian baru kami bayar?” Jawapan dia NO!

Hari ini punya cerita, kita kasi setel hari nie. Hari kejadian punya cerita, kita kasi setel masa hari kejadian.

Belajarlah untuk cakap “Tidak”, abang tau ramai sini yang baik hati. Nasihat abang, kamu boleh jadi baik hati kalau niat kamu ialah untuk bersedekah 😊.

“Hai saya mau tempah ayam penyet 150 tapau besok”

“Hai boleh tuan, ini nombor acc sila transfer deposit 50% sebanyak Rm1200 😊” Contoh.

Dia transfer baru ko buat, dia tidak transfer jangan buat. Kalau besok tiba-tiba dia datang “aik bukan saya ada order ka?” Kenapa kamu tidak buat?”

Kau jawab saja minta maaf tuan, kamu belum bayar deposit. Jangan risau kamu tidak salah pun jawab begitu, kalau dia tidak puas hati, bukan ada apa-apa pun dia dapat buat.

Paling teruk dia buat pun, kau kena maki. Biarlah kena maki siapa suruh dia tidak bayar deposit 🤭.

Abang sudah perna ada pengalaman. Customer booking makanan, besok saya bayar. Last-last tidak jadi ambil. Sakit hati kan? Sebelum kita jaga hati orang, kita jaga dulu hati sendiri.