Panduan tuntutan khairat kematian bagi penerima BKM berjumlah RM1000

Panduan tuntutan khairat kematian bagi penerima BKM berjumlah RM1000

Cara Mohon Skim Khairat Kematian BKM RM1000 

Pasti ramai tak menyedari bahawa setiap pemohon yang akan menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) boleh memohon Skim Khairat Kematian (SKK) BKM berjumlah RM1000 mulai 15 April 2022.

Hal ini dimaklumkan di laman web Bantuan Keluarga Malaysia 2022 seperti di bawah:

Apakah Skim Khairat Kematian BKM?

Khairat kematian dianggap sebagai wang sedekah atau derma dan sumbang sebagai pemberian ikhlas dengan kadar ditentukan dan diserahkan kepada waris untuk individu yang meninggal dunia.

Semua penerima Bantuan Keluarga Malaysia layak membuat tuntutan khairat kematian seperti berikut:

  • Amaun Tuntutan adalah sebanyak RM1,000 untuk setiap individu yang layak.

Syara Kelayakan Memohon Skim Khairat Kematian BKM 

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022

Skim Khairat Kematian BKM ini layak dituntut oleh wakil yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan (bagi permohonan status Kahwin dan pasangan adalah warganegara Malaysia) yang meninggal dunia.

Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak untuk menerima skim khairat kematian ini.

Bilakah Tarikh Tuntutan?

Mulai 15 April 2022

Siapa Yang Boleh Membuat Tuntutan?

Semua wakil untuk permohonan BKM 2022 sahaja layak membuat tuntutan SKK.

Hubungan wakil yang layak adalah

  • Pasangan
  • Ibu
  • Bapa
  • Anak
    • Anak Kandung
    • Anak Tiri
    • Anak Angkat
  • Adik-Beradik

Jenis Dokumen Yang Diperlukan

  • Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
  • Kad Pengenalan asal wakil; dan
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil.

Bagaimana Kaedah Tuntutan SKK?

Secara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

Maklumat Lanjut Skim Khairat Kematian BKM