Panjat Menara 118, bekas tentera Amerika pernah alami depresi hingga nyaris bunuh diri

Panjat Menara 118, bekas tentera Amerika pernah alami depresi hingga nyaris bunuh diri

Berikutan kontroversi mengenai pelancong dari Rusia yang secara haram mendaki puncak Merdeka 118, kini nampaknya bangunan kedua tertinggi di dunia kita kini menarik lebih ramai pendaki dari luar negara.

Seorang bekas anggota tentera Amerika, Isaac ‘Drift’ Wright,  menggunakan akaun YouTubenya Driftershoots, telah mempamerkan bagaimana dia dan rakan-rakannya juga telah menjejak kaki ke puncak menara Merdeka 118. Dalam video yang diterbitkan pada 30 Disember 2022 yang lalu.

Dalam ruangan kasyen, beliau menulis,

“Sebentar tadi, saya dan 3 rakan yang lain telah pergi ke Kuala Lumpur untuk mendaki dan mengambil gambar Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 679 meter. Perjalanan itu panjang dan sukar serta penuh cabaran”.

“Perjalanan itu berakhir dengan jayanya dan merupakan hadiah untuk mengakhiri tahun yang menunjukkan rakaman itu. Video ini adalah ekspresi artistik kebebasan, saya tidak menggalakkan sesiapa untuk mencipta semula aksi yang ditunjukkan dalam video ini.”- tulisnya

Dalam video itu, Isaac menjelaskan bahawa perjalanan ke Kuala Lumpur ini akan menjadi perjalanan antarabangsa pertama mereka. Dia dan rakan-rakannya kemudian dilihat memakai jaket pembinaan dan topi keledar, mungkin untuk nampak sebahagian dari pekerja semasa menyelinap masuk ke Merdeka 118.

Mereka juga membuka penghadang yang menghalang mereka daripada memasuki tangga bangunan dan memanjat.

Akhirnya mereka berempat berjaya mendaki ke puncak Merdeka 118. Anda boleh lihat video di sini,

memang mengerikan.

 

Pernah Berfikir Untuk Bunuh Diri.

VIA Newyork Times

Menurut laman New York Times, Isaac telah meninggalkan ketenteraan selepas 6 tahun berkhidmat. Selepas itu dia merasa kecewa dan hilang arah, berjuang dengan gangguan stres pasca-trauma malah pernah berfikir untuk bunuh diri.

Dengan melakukan pendakian dapat membantu masalah yang dialaminya. Dia mula memanjat bangunan untuk menemukan pemandangan yang berbeza, dan menyedari bahawa itu juga menawarkan perspektif baru tentang kehidupan.

Dia menghasilkan gambar yang menakjubkan dan berkongsi di media sosial, di mana dia menarik beribu-ribu pengikut.