Papar nombor telefon, wargamaya anggap Shahidan buat gimik murahan
Setelah berkongsi nombor telefonnya di parlimen semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim berkata dia menerima ratusan panggilan telefon sehingga tidak sempat melayan kesemua panggilan yang masuk.
Jika semalam Shahidan meminta penduduk Kuala Lumpur menghubungi nombor telefonnya untuk melaporkan berkenaan jalan berlubang, hari ini, oleh kerana panggilan telefon yang terlalu banyak, dia meminta mereka hanya menghantar pesanan teks sahaja kepadanya.
“Saya terima beratus panggilan berhubung jalan berlubang dan saya tidak sempat mengangkat panggilan satu per satu.
“Saya meminta untuk mereka menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan saya akan mengambil tindakan serta merta,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.
Semalam, Shahidan berjanji laporan jalan rosak yang diterima akan diambil tindakan dalam masa 24 jam.
“Kami bersiap siaga. Rakyat Malaysia boleh hubungi. Yang baru datang Kuala Lumpur, jumpa datang berlopak boleh hubungi kami dan kami akan ambil tindakan dalam 24 jam,” katanya.
Dia turut berkongsi nombor telefon timbalannya Jalaluddin Alias, dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Mahadi Che Ngah.
Nombor telefon yang telah disahkan oleh Malaysiakini itu adalah seperti berikut:
Shahidan: 0194545111
Jalaluddin: 0196524444
Mahadi: 0162068883
Sumber – Malaysiakini