Parti Bersatu makin berani serlahkan hubungan dengan Parti Komunis China secara terbuka
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) membuat kejutan selepas dilihat semakin berani mempertontonkan hubungan parti berpaksikan keahlian kaum Melayu Bumiputera itu dengan Parti Komunis China kepada publik.
Ini selepas satu hantaran FB yang dimuat naik Ketua ARMADA parti tersebut, Wan Ahmad Fayhsal yang berkongsikan pertemuan tertinggi parti-parti sedunia bersama Parti Komunis China secara dalam talian hari ini.
Mewakili Parti Pribumi BERSATU Malaysia menghadiri Perjumpaan Tertinggi parti-parti sedunia bersama Parti Komunis China (PKC) yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung PKC – Xi Jinping – secara atas talian.
Antara pemimpin politik utama dunia yang hadir dan berucap ialah Cyril Ramaphosa (Presiden – African National Congress) dan Nicolás Maduro (Presiden – United Socialist Party of Venezuela).
Dalam ucapan beliau tadi Xi Jinping bawa gagasan baru “Inisiatif Peradaban Global” yang bertujuan membina jaringan persahabatan dan pembangunan yang membantu semua pihak.
Terima kasih Kedutaan Besar China di Malaysia atas jemputan yang diberikan.
Sebelum ini, Bersatu Terengganu dilaporkan pernah membuat laporan polis ke atas Pakatan Harapan selepas menuduh gabungan parti tersebut dikuasai komunis.
Malah laman rasmi parti tersebut juga pernah menyiarkan satu artikel menfitnah Dap membenarkan ideologi komunis di negeri Pulau Pinang selepas tular berita sebuah kafe menaikkan mural pemimpin komunis negara China.
Sementara itu, netizen yang berang dengan situasi tersebut tampil menyerang hantaran yang dibuat MP Machang itu.
Malah mereka juga turut mengambil kesempatan menyindir di mana perginya suara garang MP Ketereh yang pernah menjerit bangga di Dewan Rakyat menceritakan pengalamannya membunuh komunis baru-baru ini