Paru-paru kecut, kanak-kanak perempuan usia setahun meninggal dunia akibat strok haba

Paru-paru kecut, kanak-kanak perempuan usia setahun meninggal dunia akibat strok haba

 

Semalam kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun akibat mengalami strok haba walhal dia ceria menyambut Aidilfitri sejak hari pertama.

Puan Wanie (ibu) mendedahkan hasil post mortem mendapati organ dalaman Allahyarham sudah hangus selain kehilangan air dalam badan.

Bermula dengan batuk & kerap muntah-muntah

Siapa sangka, pasangan suami isteri berasal dari Kelantan ini juga mengalami kehilangan duka anak mereka akibat faktor sama.

Antara tanda-tanda awal kesihatannya mula merosot adalah fasa batuk berpanjangan sejak 7 hari lalu dan kerap muntah-muntah.

Doktor yang bertugas di Unit Kecemasan bagi balik…Saya nak memandai-mandai pun tak boleh

Saat dibawa ke Unit Kecemasan, tubuh Adik Imani mengalami kesejukan dan keadaannya sangat lemah.

Namun petugas medik yang bertugas waktu itu hanya memberikan ubat dan menyuruh bawa pulang.

Sebagai ibu bapa, mereka tidak boleh bercakap lebih dan akur akan saranan doktor terbabit.

Paru-paru Imana semua mengecut…Kandungan air dalam badan mengecut

Semakin kritikal pada malam Isnin, jam 7.20 pagi keesokan harinya Adik Nur Imani menutup mata buat selamanya.

Hasil autopsi mengesahkan organ paru-paru bayi berusia setahun 7 bulan itu sudah mengecut dan kekeringan air dalam badan.