Pas dakwa mangsa kemalangan ngeri lebuhraya Elite semalam ahlinya

Pas dakwa mangsa kemalangan ngeri lebuhraya Elite semalam ahlinya

Parti Pas dikecam selepas menaikkan kawad takziah terhadap mangsa kemalangan melibatkan korban 10 nyawa berhampiran RnR Lebuhraya Elite semalam.

Dalam hantaran yang dibuat pada laman rasmi Pas itu, mangsa telah dimaklumkan sebagai ahli Pas cawangan Kampung Padang Jawa Klang, Selangor.

Namun begitu, langkah menyatakan status keahlian mangsa dianggap satu langkah terdesak parti tersebut cuba meraih publisiti murahan, malah didakwa tidak menghormati perasaan waris si mati.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهم وَارْحَمْهَم وَعَافِهَم وَاعْفُ عَنْهَم

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Norul Naziah Buyong, Ahli PAS Cawangan Padang Jawa Klang yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada hari Jumaat, 17 Disember 2021.

Allahyarham bersama lapan orang anaknya telah meninggal di tempat kejadian bersama seorang lagi mangsa dan beberapa individu lain tercedera.

Semoga roh mangsa dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Sama-sama kita doakan semoga mangsa yang tercedera dalam kemalangan ini diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan.

“Islam Menyatukan Ummah”