Pas Ganti UMNO : Agensi di bawah Menteri Agama turun bantu kempen Pas di PRN Johor

Pas Ganti UMNO : Agensi di bawah Menteri Agama turun bantu kempen Pas di PRN Johor

Menteri Agama, Senator Datuk Ustaz Idris Ahmad hari ini menjadi sasaran kecaman netizen selepas tindakannya membenarkan agensi di bawah kementeriannya digunakan bagi membantu kemenangan calon Pas pada PRN Johor nanti.

Ia susulan tularnya gambar satu program melibatkan Yayasan Taqwa, agensi Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) bersama-sama Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin baru-baru ini.

Menurut seorang pengguna media sosial, orang yang berjubah hijau di dalam gambar tersebut ialah Ustaz Abdullah (Pesuruhjaya PAS Johor), dan beliau dikatakan akan bertanding di DUN Pulai Sebatang, Pontian mewakili Perikatan Nasional.

Majlis ini dibuat di Pontian, anjuran Yayasan Taqwa (agensi di bawah Menteri Agama),

Tambahnya lagi, di atas kapasiti apakah menyebabkan Ustaz Abdullah boleh dijemput duduk bersama-sama Ahmad Marzuk, Timbalan Menteri Agama di atas pentas?

Katanya lagi, jika dahulu parti Pas lah yang cukup pantang kalau jentera kerajaan di’pergunakan’ pada musim pilihanraya, la ni Pas pun dah jadi ‘lebih’ dari UMNO – atau nama timangan dulu² jahiliah – 😁😅😂.

Sumber – FB Ridzwan Abu Bakar