Pas Kelantan saman kerajaan dlm cubaan halang pembentukan Malaysia, 59 thn lalu

Pas Kelantan saman kerajaan dlm cubaan halang pembentukan Malaysia, 59 thn lalu

KERAJAAN KELANTAN MENENTANG PEMBENTUKAN MALAYSIA

1. Perjanjian Malaysia ditandatangani pada 9 Julai 1963 di antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.

2. Parlimen Malaysia meluluskan Akta Malaysia pada 26 Ogos 1963, yang menetapkan tarikh terbentuknya Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

3. Kerajaan negeri Kelantan pada 10 September 1963 telah memfailkan saman terhadap kerajaan Persekutuan kerana membentuk Malaysia tanpa mendapat keizinan daripada semua negeri-negeri persekutuan terlebih dahulu.

4. Perintah injunksi dipohon oleh kerajaan negeri Kelantan pada 11 September 1963 untuk menyekat pembentukan Malaysia selagi kes saman tidak diselesaikan di Mahkamah Persekutuan.

5. Perbicaraan dan penghujahan berlangsung selama empat hari.

6. Kerana kesuntukan masa, Ketua Hakim Negara, Tun Thomson pada hari Sabtu 14 September 1963, jam 5 petang memutuskan bahawa berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, tindakan kerajaan Persekutuan membentuk Malaysia adalah sah walau tanpa mendapat keizinan daripada negeri-negeri kerana kemasukan negeri-negeri baharu merupakan bidang kuasa kerajaan Persekutuan.

7. Ini memberi laluan untuk pembentukan Persekutuan Malaysia pada tarikh yang ditetapkan iaitu pada 16 September 1963 yang jatuh pada hari Isnin.

Foto iringan: Berita Harian 15 September 1963

 

Sumber – FB Mee Kari Kuah Laksa