Pas Perak masih bersama Umno dalam kerajaan negeri, tegas menantu Hadi

Pas Perak masih bersama Umno dalam kerajaan negeri, tegas menantu Hadi

Pas Perak akan menunggu arahan daripada pucuk pimpinan parti itu sebelum membuat sebarang keputusan berhubung kedudukan mereka di dalam kerajaan negeri Perak yang dipimpin Menteri Besar dari UMNO.

Buat masa ini, mereka bekerja seperti biasa dan berharap kerajaan perikatan nasional (PN) akan terus memerintah negara.

Setiausaha Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, ketika ini mereka mengambil pendekatan tunggu dan lihat perkembangan yang berlaku di pusat.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, berkata, setakat ini isu yang berlaku di pusat tidak memberi kesan kepada pentadbiran negeri.

“Saya rasa setakat ni tidak memberi apa-apa kesan pada kita dan kita akan bekerja seperti biasa, kita bekerja di posisi masing-masing dan buat masa ni kita tidak terganggu dengan apa yang berlaku di pusat insya Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Kompleks Rakan Muda Kamunting di sini hari ini.

Sumber – Suara Perak