Pasangan budak 12 tahun dikahwinkan setelah dicekup berduaan dalam kebun

Pasangan budak 12 tahun dikahwinkan setelah dicekup berduaan dalam kebun

 

“Pasukan kami telah pergi ke lokasi berkenaan. Pasangan itu didapati berdua-duaan di kebun. Entah apa mereka lakukan.

Kisah kanak-kanak bawah umur di Desa Kayu Loe di Sulawesi Selatan yang dikahwinkan ibu bapa mereka gara-gara dilihat berdua-duaan di kawasan kebun tular di media sosial baru-baru ini.

Unit Pelaksanaan Teknikal Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak, Meisy Papayungan berkata, pasukannya pergi ke kampung tersebut di daerah Bantaeng untuk menyiasat kes berkenaan.

“Pasukan kami telah pergi ke lokasi berkenaan. Pasangan itu didapati berdua-duaan di kebun. Entah apa mereka lakukan.

“Pernikahan tersebut dilaksanakan pihak keluarga dengan mengadakan satu majlis kenduri. Pengantin lelaki itu baru berusia 12 tahun begitu juga dengan pengantin perempuan yang masih terlalu muda,” katanya.

Meisy berkata, hasil semakan mendapati tiada seorang pun pegawai kampung yang mengetahui mengenai perkahwinan terbabit.

Namun berdasarkan maklumat yang diterima, kebanyakan penduduk setempat gemar mengambil tindakan sedemikian hanya kerana ingin menyelesaikan masalah terbabit.

Pernikahan Dini Makin Marak, Pemerintah Kembali Berencana Menaikkan Usia Minimal Perkawinan

Meisy mengakui kecewa dengan sikap ibu bapa kanak-kanak itu yang disifatkan tidak bertanggungjawab dan mengambil jalan mudah menikahkan anak-anak mereka tanpa memikirkan masalah yang bakal dihadapi kelak.

“Sekiranya anak ini hamil dan bersalin, status perkahwinan mereka tidak direkodkan di negeri ini. Apabila bayi itu dilahirkan, dia mungkin tak ada sijil kelahiran kerana ibu bapanya tidak mempunyai buku nikah.

“Jika anak-anak remaja dilihat berdua-duaan, ibu-bapa sepatutnya melarang perkara itu dan memberi didikan dan bukan diselesaikan dengan berkahwin,” katanya.