Pasangan ini jumpa ‘hidden camera’ dalam bilik hotel ketika bulan madu di Sabah

Pasangan ini jumpa ‘hidden camera’ dalam bilik hotel ketika bulan madu di Sabah

 

Siapa sangka, sebuah percutian bulan madu sepasang kekasih daripada China ini bertukar menjadi mimpi buruk selepas mereka menemui kamera tersembunyi di dalam bilik penginapan yang diduduki di Kota Kinabalu, Sabah.

Menerusi hantaran di akaun Xiaohongshu @Zhenmei BEAUTY, wanita terbabit berkata kejadian itu berlaku pada 6 September lalu selepas dia dan pasangannya tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada pukul 2 pagi.

Menurutnya, selepas tiba di bilik penginapan mereka sekitar pukul 3 pagi, dia meminta pasangannya untuk memeriksa bilik tersebut sama ada mempunyai sebarang kamera tersembunyi

Tidak ambil masa lama dan susah, terus jumpa kamera tersembunyi dalam soket

Untungnya, ia tidak mengambil masa yang lama untuk pasangan itu menemui satu kamera tersembunyi di dalam soket yang diletakan berhadapan dengan katil.

Jelas wanita itu, panel soket terbabit juga dapat dibuka dengan mudah iaitu hanya dengan satu tarikan sahaja untuk mendedahkan kamera tersembunyi itu sepenuhnya.

‘Hidden cam’ diletakkan di tengah antara dua lubang USB

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan, kelihatan kamera kecil berada di tengah dua lubang USB pada soket yang telah terbuka.

Lebih mengecewakan apabila wanita itu mendakwa pemilik kediaman terbabit tidak membalas mesejnya selepas memberitahu tentang isu tersebut.

Penemuan kamera tersembunyi itu menyebabkan wanita terbabit takut untuk membuka pakaiannya serta mandi pada malam tersebut.

Pasangan wanita itu juga telah mengambil tisu dan menutup lubang soket itu untuk langkah lebih berjaga-jaga.

Terus ‘check out’ keesokan harinya dan segera membuat laporan polis

Keesokan harinya, mereka segera meninggalkan bilik terbabit dan mencari penginapan yang lain sebelum membuat laporan polis.

Untuk info, kejadian sebegini bukanlah pertama kali berlaku di Malaysia, bahkan ia boleh terjadi di mana-mana sahaja memandangkan teknologi kamera bersaiz kecil semakin canggih dan senang untuk didapati.

@nickreay0304

Berhati-hati gais klu mau check in😰 #trending #trend #viral #foryoupage #virall #fyp

♬ original sound – CEO Petik Jari🤌🏻 – CEO Petik Jari🤌🏻

Sebagai pelanggan, kita perlu lebih berhati-hati semasa menginap di sesuatu tempat tidak kira dalam atau luar negara.

Beli peranti pengesan lensa tersembunyi untuk langkah berjaga-jaga

Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengenal pasti sama ada terdapat kamera tersembunyi atau tidak adalah dengan menggunakan ‘hidden lens detector’ yang banyak dijual di aplikasi beli-belah dalam talian.

Bahaya zaman sekarang ni, banyak kaki skodeng di luar sana…