Pasangan kekasih buat ‘projek’ sebelum kemalangan, teman wanita keluar kereta tanpa seurat benang

Pasangan kekasih buat ‘projek’ sebelum kemalangan, teman wanita keluar kereta tanpa seurat benang

 

Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun keluar dari kereta dalam keadaan bogel tanpa sebarang pakaian selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Indonesia pada Jumaat lalu.

Langgar tiang papan iklan

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Jambi, Pulau Sumatera, sekitar jam 9:00 malam waktu tempatan di mana kereta yang terlibat dengan kemalangan itu dipandu laju sehingga hilang kawalan sebelum terlanggar tiang papan iklan dan sebuah kenderaan lain.

Menurut pemilik kereta yang dilanggar, dia mengatakan bahawa seorang penumpang wanita tanpa seutas benang keluar dari kenderaannya dan menuju ke hospital selepas kemalangan itu berlaku.

Iya, tiada baju dan juga celana (seluar). Bahkan sarung (kain pelekat) saya juga mahu diambil untuk menutup tubuhnya sewaktu masuk ke hospital.

Tengah buat ‘projek’ dalam kereta

Susulan kejadian mengejutkan itu, Eko Wahyudi selaku Ketua Polis Jambi menjelaskan bahawa kereta tersebut dipandu oleh seorang pelajar sekolah dan penumpangnya merupakan kekasih si pemandu.

Lebih mengejutkan, kedua-dua mereka baru sahaja berusia 16 tahun dan keputusan ujian air kencing yang dijalankan juga menunjukkan pasangan kekasih itu negatif dadah serta tidak berada di bawah pengaruh alkohol.

Kedua-dua mereka menerima rawatan di hospital berdekatan kerana pelajar lelaki mengalami luka manakala teman wanitanya patah kaki.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh remaja lelaki itu, dia mengakui bahawa mereka berdua sedang ‘bermesraan’ di dalam kereta sebelum tertekan pedal minyak sehingga berlaku kemalangan.