Pasangan kekasih ditahan buat ‘projek’ dalam tandas pesawat

Pasangan kekasih ditahan buat ‘projek’ dalam tandas pesawat

 

PENUMPANG dalam satu penerbangan digemparkan dengan pasangan kekasih melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam tandas pesawat.

Awal minggu ini, video tular selepas dikongsi di laman X, yang merakamkan pasangan kekasih itu berkelakuan tidak sopan ketika menaiki penerbangan dari Luton, England ke Ibiza, Sepanyol pada 8 September lalu.

Menerusi satu klip video, kelihatan seorang kru kabin berdiri dengan keadaan gementar di luar pintu tandas, manakala para penumpang tidak sabar-sabar menunggu untuk ia dibuka.

Sebaik pintu tandas dibuka, seorang lelaki kelihatan berdiri di belakang seorang wanita, dengan mereka dalam keadaan separuh bogel.

EasyJet mengesahkan kejadian itu berlaku dalam salah satu penerbangannya dan polis telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Jurucakap syarikat penerbangan itu berkata: “Kami mengesahkan bahawa penerbangan dari Luton ke Ibiza pada 8 September telah ditangani pihak polis terhadap kelakuan dua penumpang dalam pesawat sewaktu ketibaan.”

Di bawah Seksyen 71 Akta Kesalahan Seksual, adalah menyalahi undang-undang kerana melakukan aktiviti seksual dengan sengaja di tandas awam.