Pasangan suami isteri selebriti selalu kebas harta mak ayah, tengking kalau minta duit tak dapat?

Pasangan suami isteri selebriti selalu kebas harta mak ayah, tengking kalau minta duit tak dapat?

 

Memetik Boom, satu kisah panas membabitkan pasangan suami isteri bergelar selebriti dikhabarkan telah berkelakuan buruk terhadap orang tua mereka.

Kata Cik Lesung, pasangan suami isteri itu boleh menyanyi, berlakon dan merupakan personaliti rancangan televisyen tempatan.

Utusan Malaysia

Pasangan itu dikatakan sering ‘menghabiskan’ harta mak ayah dan hanya melayan baik orang tua mereka ketika duit masih banyak.

Ada sekali tu katanya, si ibu ada masalah bayaran dek PKP, masa inilah si suami isteri yang suam-suam kuku ni kemain biadap dengan ibu bapanya.

Siap jerit dekat mak dan marah dengan suara beroktaf tinggi. Semua salah tak ada yang betul.

Apa yang membuatkan berita itu sukar diterima kerana pasangan suami isteri ini nampak baik dan lemah lembut serta petah berbicara ketika di hadapan umum.

Jika si ibu sudah mempunyai wang, pasangan suami isteri akan muncul dan melayan mesra ibu bapa malah siap mengirim hadiah lagi.

Pasangan suami isteri itu juga mempunyai pelbagai perniagaan seperti menjual air, makanan, tudung, baju dan alat solek namun gagal diusahakan dan tidak berjaya.