Pasukan SAR Malaysia berjaya selamatkan lima mangsa gempa bumi di Turki

Pasukan SAR Malaysia berjaya selamatkan lima mangsa gempa bumi di Turki

 

Usaha tanpa mengenal lelah pasukan mencari dan menyelamat Malaysia menggali terowong sepanjang 8.5 meter di kawasan runtuhan bangunan di Gaziantep, Turkiye, berhasil apabila mereka berjaya menyelamatkan lima mangsa yang terperangkap selama 129 jam dalam runtuhan akibat gempa bumi.

Kesemua lima mangsa yang diselamatkan itu bertahan selama 129 jam dalam runtuhan konkrit sebelum ditemui pasukan oleh anggota pasukan MAS-01 SMART.

Kelima-lima mangsa itu adalah dua wanita, seorang lelaki dewasa dan masing-masing seorang remaja lelaki serta perempuan.

Mereka berjaya diselamatkan selepas pasukan MAS-01 bertungkus-lumus menggali terowong sepanjang 8.5 meter di kawasan itu.

Berita gembira itu turut dikongsi Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul Turkiye menerusi ciapan di Twitter.