Patah buku lali gara-gara terpijak daging khinzir
Di Amerika Syarikat, seorang wanita tergelincir dan jatuh selepas terpijak sehiris daging khinzir di hadapan restoran Eataly Boston sehingga pergelangan buku lali kirinya patah.
Eataly Boston di saman
Memetik laporan NBC Boston, seorang wanita yang dikenali sebagai Alice Cohan telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Suffolk sebanyak $50,000 (RM232,450) sebagai ganti rugi.
Menurut tuntutan tersebut, Alice tergelincir pada sekeping prosciutto di kawasan sampel makanan restoran tersebut ketika sedang membeli belah bersama suaminya, Ronald.
Alice Cohen mengalami kecederaan seluruh badan sehingga hilang keseronokan dalam hidup.
Dikatakan, wanita terbabit terpaksa menanggung bil perubatan sebanyak $7,500 (RM34,867) termasuk bil doktor, bil hospital dan perbelanjaan terapi fizikal.
Susulan itu, Alice membuat tuntutan mendakwa bahawa Eataly cuai dalam memastikan permukaan lantai bebas daripada bahaya dan mengekalkan premis dalam keadaan selamat.