“Patut kena ban” – Sharnaaz Ahmad gesa artis kacau rumah tangga orang disekat keluar TV

“Patut kena ban” – Sharnaaz Ahmad gesa artis kacau rumah tangga orang disekat keluar TV

 

Pendedahan yang dibuat oleh selebriti, Bella Astillah berkenaan ada seorang heroin drama yang mengaku ‘tersuka’ suaminya, Aliff Aziz sememangnya mencetuskan pelbagai reaksi daripada rakan artis dan juga peminat.

Rata-rata berasa geram kerana heroin drama berkenaan terang-terangan mengaku menyukai Aliff sedangkan tahu dia adalah suami orang.

Susahlah kalau jenis kacau rumah tangga orang

Selain daripada aktres terkenal, Nabila Huda yang menyelar tindakan kurang sopan heroin berkenaan, aktor hebat, Sharnaaz Ahmad turut berpendapat perkara yang sama.

Menerusi Insta Story yang dikongsi, Sharnaaz meluahkan kegusaran jika pelakon seperti heroin drama tersebut ‘berperangai’ sebegitu di setiap projek drama lakonannya kerana boleh ‘mengancam’ rumah tangga pelakon lain.

Sekat berlakon & keluar TV

Tegas Sharnaaz lagi, sepatutnya individu seperti itu perlu disekat dari berlakon atau keluar di TV kerana dengan sengaja mencuba mengganggu rumah tangga orang lain.

Sikap tidak profesional tersebut bukan hanya perlu dielakkan bahkan boleh mencetuskan masalah lain di kemudian hari.

Lelaki perempuan, dua2 sama sahaja

Kenyataan yang dikongsi pemilik nama sebenar Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad tidak hanya merujuk kepada golongan perempuan sahaja, tetapi juga buat lelaki.

Hal ini susulan daripada entri melibatkan Nabila Huda yang geram dengan heroin drama dimaksudkan oleh pelakon, Bella Astillah apabila suaminya cuba ‘disondol’ oleh seorang heroin drama.

Bella Astillah juga akui berasa sedikit bimbang kejadian lama berulang semula namun diyakini Aliff apabila kerap mengajaknya untuk menemani ke set pengambaran setiap kali dia berkelapangan.