“Patutlah merentan kena keluar rumah” – Shila Amzah kongsi tour rumah banglo miliknya buat ramai tergamam

“Patutlah merentan kena keluar rumah” – Shila Amzah kongsi tour rumah banglo miliknya buat ramai tergamam

 

Selepas dua bulan sejak terlibat dalam kemelut antara keluarga, penyanyi Shila Amzah akhirnya berkongsi kondisi rumah banglonya yang telah dikosongkan itu. Rumah berkenaan difahamkan terletak di Hulu Langat, Selangor.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Shila menunjukkan rumah banglo tersebut yang telah selesai dicuci, dibersihkan dan siap untuk dibeli oleh yang berminat.

Alhamdulillah dah boleh buat tour, terima kasih kerana tolong bersihkan, kalau Sha dan Ubai buat memang jenuh kitaorang.

Dalam video berkenaan, penyanyi ini menunjukkan isi rumah tersebut termasuk ruang tamu, dapur, bilik tidur dan bilik air. Menurutnya, rumah banglo dua tingkat ini mempunyai 12 bilik tidur dan masing-masing ada bilik airnya.

Besar gila, patut lah merentan kena keluar. Jenuh nak kemas, nak bersih. Kalau banjir memang masaklah.

Ya Allah besarnya rumah ni, memang jenuh nak jaga dan cuci bagai.

Kalau duduk 10 orang pun tak sempit.

Berikut merupakan antara komen-komen yang ditinggalkan netizen di ruangan komen video berkenaan yang mula faham mengapa keluarga Shila dahulu berat hati untuk meninggalkan rumah besar itu dan pindah ke rumah yang lebih kecil.

Sebelum ini, perbahalan tercetus di antara keluarga Shila apabila penyanyi tersebut dituduh menghalau ahli keluarganya keluar dari rumah namun Shila menepis dakwaan tersebut dan sebaliknya mahu membeli rumah yang lebih selesa untuk mereka.