PDRM siasat video tular dua lelaki hina Nabi Muhammad

PDRM siasat video tular dua lelaki hina Nabi Muhammad

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima laporan mengenai video tular di media sosial membabitkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan berhubung perkara tersebut,

“Sudah tentu KDN akan memberi keutamaan kepada perkembangan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang, Kajang hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN Datuk Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Nordin Muhamad.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 52 saat memaparkan dua lelaki mendakwa Nabi Muhammad adalah Allah dan Allah adalah gelaran bagi baginda.

Rakama itu turut menarik perhatian penyanyi rap dan aktivis, Caprice yang menggesa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya menyiasat siapa dalang di sebalik ajaran berkenaan.