Pecah rekod terbaru! Khairul Aming tergamam, 13,000 Sambal Nyet habis terjual dalam tempoh 2 minit

Pecah rekod terbaru! Khairul Aming tergamam, 13,000 Sambal Nyet habis terjual dalam tempoh 2 minit

Tidak dapat disangkal lagi, setiap kali influencer dan usahawan popular, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamaruzzaman restock Sambal Nyet di aplikasi Shopee, pasti akan ramai tak akan melepaskan peluang tersebut untuk mendapatkannya.

Malah, baru-baru ini, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan usahawan yang berusia 31 tahun itu tidak menyangka sama sekali sebanyak 13,000 sambal telah terjual hanya dalam tempoh dua minit sahaja.

@jiey_kun

KA jarang tak gempakk😭😭first time tgk live dpn mata 2mnute lesap 13k botol sambal! #khairulaming

♬ Suasana Di Hari Raya – Anuar & Ellina

Dalam perkongsian tersebut, Khairul Aming seakan-akan terkaku serta tergamam apabila melihat notis pembelian daripada pelanggannya berpusu-pusu masuk sehinggakan dia tidak dapat mengeluarkan sebarang kata-kata.

Secara tidak langsung, usahawan kelahiran Kelantan tersebut telah meraih jualan lebih 180,000 dalam tempoh yang begitu singkat telah membuatkan ramai kagum dengannya.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 2.7 juta tontonan dan mendapat lebih 300,000 tanda suka daripada warganet selepas sehari dimuat naik di aplikasi tersebut.

Bangga dengan kejayaan anak Melayu!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum serta berbangga dengan kejayaan yang dimiliki Khairul Aming hasil usahanya selama ini dalam membangunkan perniagaan sebagai seorang anak Melayu.

Alhamdulilah, berkat rezeki orang baik

Malah, ramai yang meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang diperolehi usahawan tersebut kerana dia bukan sahaja seorang majikan yang hanya memikirkan soal keuntungan, bahkan sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya.

Semoga terus berjaya

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar khairul Aming sentiasa dimurahkan rezeki selalu dan berharap agar dia akan memperoleh lebih kejayaan kelak.