Pecat pengkhianat parti, giliran Ismail Sabri pula perlekeh tindakan MKT UMNO

Pecat pengkhianat parti, giliran Ismail Sabri pula perlekeh tindakan MKT UMNO

Parti UMNO terus bergelora selepas keputusan ahli Mesyuarat Kerja Tertinggi UMNO memecat beberapa pemimpinnya yang didakwa mengkhianati parti semasa PRU-15 baru-baru ini.

Semalam, Presiden UMNO. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pemecatan Khairy Jamaluddin dan Noh Omar (selepas diminta dipecat gara-gara digantung 6 tahun), manakala MP Semberong, Hishamuddin Hussein, bekas pegawai pejabat PMO Ismail Sabri, Shahril Hamdan dan Fathul Bari pula digantung 6 tahun.

Gagal menahan emosi, Naib Presiden UMNO yang juga merupakan bekas PM-9, Ismail Sabri tampil memuat naik hantaran menerusi FB miliknya memperlekeh keputusan diumum Zahid.

Malah, beliau menganggap tindakan yang diputuskan MKT UMNO malam semalam lebih bersifat dendam dan dilihat tidak bertamadun.

Malam tadi Presiden UMNO mengumumkan pemecatan KJ dan penggantungan 6 tahun Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Tan Sri Noh Omar (yang kemudiannya dipecat atas kehendak Tan Sri Noh), Sdr Shahril Hamdan, Datuk Seri Salim Sharif (Jempol).

Saya menyatakan tidak setuju dengan keputusan tersebut atas alasan pemecatan dan penggantungan dibuat tidak mematuhi proses perundangan dan bertentangan dengan prinsip ‘natural justice’ seperti hak membela diri.

Dalam isu ini:
1. Tiada surat tunjuk sebab bagi yang dituduh mengetahui pertuduhan terhadap mereka.

2. Tiada ruang menjawab pertuduhan melalui surat tunjuk sebab tersebut.

3. Jika yang menuduh tidak puas hati maka yang dituduh perlu dirujuk kepada pendengaran dalam jawatankuasa disiplin bagi mempertahankan diri. Beliau boleh membawa saksi. Tuduhan perlu dibuktikan.

4. Jika jawatankuasa disiplin mendapati yang dituduh bersalah atau sebaliknya, maka jawatankuasa disiplin perlu memberi cadangan kepada jawatankuasa pengurusan UMNO.

5. Jawatankuasa pengurusan UMNO perlu berbincang dan membawa cadangan ke MT untuk keputusan.

– Proses ini tidak dilaksanakan.
– Saya dimaklumkan jawatankuasa disiplin tidak pernah menasihatkan Presiden untuk sebarang tindakan namun hanya memaklumkan tentang terdapat laporan dibuat terhadap yang dituduh.
– Maka saya menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut kerana terdapat kecacatan nyata dalam proses membuat keputusan memecat dan menggantung mereka.
– Sebagai sebuah parti yang bertamadun, UMNO mesti dilihat telus dalam membuat sebarang tindakan.

Sehingga kini, perkongsian yang baru dinaikkan selama 30 minit itu telah mendapat reaksi tanda sebanyak 10 ribu, lebih 2 ribu komen dan dikongsikan hampir 500 kali.

Meninjau komen-komen yang dibuat pengunjung, rata-rata yang hadir meninggalkan komen terdiri daripada mereka yang berlatar belakangkan penyokong Perikatan Nasional.

Ismail Sabri sebelum ini pernah menjadi sekuru rapat kepada Perikatan Nasional dan telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan sebelum dinaikkan menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika ura-ura UMNO akan manarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Sikap menurut yang ditunjukkan Ismail terhadap kepimpinan Muhyiddin menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati dikalangan pemimpin utama UMNO sebelum Najib dan Zahid berganding bahu menjatuhkan Muhyiddin Yasin