Pegawai kanan kementerian pengangkutan buat hal, didakwa bawa Youtuber Korea terkenal ‘check-in’ hotel

Pegawai kanan kementerian pengangkutan buat hal, didakwa bawa Youtuber Korea terkenal ‘check-in’ hotel

 

Seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi buat hal, beliau membawa seorang YouTuber wanita dari Korea Selatan ke sebuah hotel.

Lelaki tersebut mengetuai sebuah unit di sebuah jabatan kementerian, berasal dari Sulawesi Tenggara, Indonesia.

Sebagai tindak balas terhadap insiden itu, Kementerian Pengangkutan (Kemenhub) di Indonesia telah menggantung tugas pegawai tersebut untuk menyiasat kes tersebut.

Menurut Kementerian Pengangkutan, mereka sangat kesal dengan video yang tersebar yang melibatkan kakitangan mereka.

“Individu yang berkaitan telah digantung tugasnya bagi memudahkan siasatan dan tindakan lanjut,” kata jurucakap Kementerian Pengangkutan, Adita Irawati, di Jakarta, pada Jumaat.

Jika pegawai yang dituduh didapati bersalah, dia akan dikenakan tindakan dalaman kerana tindakannya dianggap merosakkan imej sebagai seorang penjawat awam.

Dalam temubual dengan salah satu stesen televisyen tempatan, pegawai tersebut mengakui dia berasal dari Kendari.

Dia menjelaskan maksud beliau membawa YouTuber wanita dari Korea Selatan ke hotel.

Pegawai tersebut berkata wanita tersebut bertanya di mana dia tinggal.

Pegawai tersebut menyatakan bahawa video yang tersebar mengenai undangannya ke hotel tersebut telah disunting secara berlebihan dan tidak mencerminkan konteks yang sebenar.

“Selepas makan, dia bertanya kepada saya tempat tinggal saya. Saya beritahu dia saya tinggal di hotel dan dia dialu-alukan untuk singgah jika dia mahu. Tetapi pada hakikatnya, video yang tersebar telah dipotong-potong dan tidak menunjukkan konteks keseluruhan,” katanya, seperti yang disiarkan dalam TVOne.