Pegawai Media Timbalan Menteri Kesihatan merokok di kedai makan

Pegawai Media Timbalan Menteri Kesihatan merokok di kedai makan

Seorang Pegawai Media Timbalan Menteri Kesihatan, Haizal Yatiran dilaporkan tidak mematuhi peraturan larangan merokok di premis makanan seperti yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini.

Beliau didapati melakukan perbuatan tersebut di sebuah kedai makan dan memuat naik sekeping gambar bersama beberapa yang lain dalam laman facebooknya semalam.

Walaupun gambar rokok di tangan beliau cuba ditutup lindung dengan gambar bunga, namun kelihatan jelas terddapat pada tangannya sebatang rokok.

Peraturan larangan merokok diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang mana mereka melanggarnya boleh di denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Haizal Yatiran merupakan bekas wartawan yang kini menjadi Pegawai Media kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Dr Noor Azmi Ghazali yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Serai.

Untuk rekod, Noor Azmi pernah diambil tindakan kerana melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada April lalu bersama Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria apabila berkumpul beramai-ramai tanpa mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan. -nm