Pegawai penyelidik Wan Saiful Wan Jan mendakwa dipaksa mengaku gila, hisap dadah oleh SPRM untuk selesaikan kes

Pegawai penyelidik Wan Saiful Wan Jan mendakwa dipaksa mengaku gila, hisap dadah oleh SPRM untuk selesaikan kes

Pegawai penyelidik kepada Wan Saiful Wan Jan, Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang ditahan SPRM atas kesalahan menerima rasuah daripada projek Jana Wibawa baru-baru ini sekali lagi membuat pendedahan menggemparkan terhadap SPRM ketika melakukan siasatan terhadapnya kelmarin.

Mohamad Shafiq Abdul Halim mendedahkan perkara tersebut menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik pentadbir laman FBnya awal pagi tadi.

Dia yang lebih mesra dipanggil Shafiq itu telah dipanggil SPRM bagi membantu siasatan terhadap dakwaannya selepas pendedahannya terhadap tawaran RM10 juta oleh SPRM bagi memerangkap Muhyiddin Yassin.

Pendedahan Mohamad Shafiq Abdul Halim disiasat SPRM.

Disuruh mengaku mengambil dadah dan gila agar kes dapat diselesaikan, semua bukti direkod dalam bilik siasatan 13, base 1, SPRM Putrajaya.

Tidak pernah ditangkap atau direman hanya dipanggil untuk sesi temubual dan taklimat tetapi disimpan dalam kurungan yang salah selama beberapa jam.

Shafiq sekarang diluar Negara untuk menenangkan diri kerana trauma dan stress selepas berapa di bilik siasatan 13.

Harap semua mendoakan beliau sihat dan dapat kembali ke Malaysia.

-Admin-

.
Pentadbir akaun FBnya turut mengesahkan Shafiq telahpun lari ke luar negara bagi menenangkan dirinya selepas mendakwa mengalami trauma dan stress gara-gara berpunca daripda siasatan SPRM tersebut.

Sehingga kini, pihak SPRM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dakwaan terbaru Shafiq.

Sumber – FB Mohamad Shafiq Abdul Halim