Pegawai polis dakwa nampak Adib dipukul dengan mata sendiri di tempat kejadian

Pegawai polis dakwa nampak Adib dipukul dengan mata sendiri di tempat kejadian

Ahad semalam saya secara kebetulan bertemu dengan seorang pegawai PDRM yang telah bertugas pada malam berlakunya rusuhan di kuil Ladang Seafield.

Pada awalnya kami berbual tentang perkara-perkara biasa, termasuk juga pengalamannya semasa PRN Johor tempohari.

Alih-alih dia bertanya saya tentang Allahyarham Adib iaitu petugas Bomba yang telah cedera akibat rusuhan itu dan akhirnya, meninggal dunia.

Pada pendapat saya, saya kata, ada dua perkara besar yang sepatutnya menarik perhatian kita. Pertamanya, mengapakan sistem ‘command centre’ negeri Selangor telah gagal pada ketika rusuhan itu berlaku.

Keduanya, kecederaan yang telah dialami oleh Allahyarham Adib pada malam itu di tempat berlakunya rusuhan sehingga mengakibatkan kematian seorang petugas perkhidmatan awam.

Inkues hanya dilakukan terhadap perkara kedua. Itupun, pada pandangan saya, adalah semata-mata untuk mengalehkan perhatian dari perkara pertama.

Sepatutnya, saya kata, suatu penyiasatan yang lebih serious dilakukan kepada kedua-dua perkara itu. Tapi Tommy Thomas, sebagai Peguam Negara, ada agenda lain dan mengarahkan sebuah inkues atas soal kematian Allahyarham Adib, iaitu perkara kedua.

Yang paling sedih sekali bagi saya ialah: Tun Mahathir (PM), DS Wan Azizah (DPM), TS Muhyiddin (Menteri KDN) dan Zuraidah (Menteri KPKT), kesemua mereka turut membantu usaha Tommy Thomas.

Pegawai PDRM itu bertukar air mukanya. Dia berkata kepada saya, ‘Saya berada di situ malam itu dan saya nampak sendiri arwah itu kena pukul. Tapi perintah kepada kami ialah untuk ‘stand down’. Jangan buat apa2.’

Saya balas: ‘Jadi kenapa tak suruh juga Bomba untuk stand down? Itulah point saya, kenapa Polis Selangor terus hilang keupayaan ‘command centre’nya?’

Siapa yang hendak jawab? Hanya sebuah RCI akan memberi jawapan kepada soalan-soalan ini.

#HonestPolitics
#KembalikanMandatRakya