Peguam ini dakwa Hadi pernah luluskan satu undang-undang ketika menjadi MB Terengganu dahulu

Peguam ini dakwa Hadi pernah luluskan satu undang-undang ketika menjadi MB Terengganu dahulu

Polemik pengislaman tiga anak yang dilakukan pejabat Jabatan Agama Islam Negeri Perlis baru-baru ini terus berkocak hebat.

Selepas pembohongan Mufti Perlis, Sahibus Samahah Dr Asri Zainal Abidin terbongkar, lagi satu perkara yang disembunyikan daripada pengetahuan umum turut dibongkar oleh seorang peguam.

Menerusi satu hantarannya di dalam FB, peguam menggunakan nama akaun Hisham Fauzi telah mendedahkan bahawa kerajaan Pas Terengganu pimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang penggal 1999 – 2004 dahulu pernah meluluskan satu pindaan Enakmen Pentadbiran  Hal Ehwal Agama Islam 2001 berkaitan isu yang diperkatakan ramai ini.

Tulisnya,

“Masa PAS Terengganu 2001 buat Enakmen di Terengganu wajibkan kebenaran KEDUA-DUA ibu bapa untuk peluk Islam. Tak ada yg bising.

Tapi bila ada DAP kata nak peluk Islam tak boleh izin bapa saja, kena izin KEDUA-DUA ibu bapa, terus satu Malaya kecoh.

Demikianlah DAP”.

Ianya sekaligus menolak dakwaan bahawa kebenaran ibu tiga kanak-kanak tersebut tidak perlu dilibatkan dalam proses pengislaman anak-anaknya.

Malah, Hadi sendiri yang ketika ini masih hidup ketika ini wajar menjelaskan kepada umum kenapa pindaan enakmen itu dilakukan.

Ini susulan kenyataan Ketua Pemudanya, Fadhli Shaari semalam memberi amaran agar tiada siapa cuba menggunakan isu pengislaman kanak-kanak tersebut tidak dipolitikkan.

Namun begitu, ada juga yang mendakwa kemungkinan usia Fadhli yang baru sahaja mencapai usia akil baligh ketika enakmen itu diluluskan kerajaan Pas pimpinan Hadi, maka kefahamannya terhadap pindaan tersebut sedikit terhad dan kabur.