“Peguam nasihatkan fail nusyuz, saya masih nak dia lagi” – Syamsul Yusof

“Peguam nasihatkan fail nusyuz, saya masih nak dia lagi” – Syamsul Yusof

 

Kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana masih belum menemui solusi biarpun melalui prosiding pertama, mahkamah mengarahkan mereka berbincang menerusi JKP.

Hal ini berikutan tindakan pengarah terkenal itu memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isteri pertamanya kelmarin yang dianggap seolah-olah memanjangkan lagi konflik mereka.

Kenapa tak minta pisah dari dulu? Sebab masih sayang lagi kan..

Menafikan motif dia memfailkan nusyuz untuk membalas kesumat, bapa kepada dua anak itu menegaskan ia bertujuan untuk menyelamatkan rumah tangganya selain mengakui menyayangi Puteri Sarah.

Namun, Syamsul mempersoalkan tindakan Puteri Sarah Liyana yang baru sekarang hendak berpisah padahal sudah menerima lelaki itu berpoligami setelah dimaklumkan terlebih dahulu.

‘Kata boleh terima, saya dah bagi tahu dah. Papp, saya berkahwin je. Papp, nak pisah”

@mstarmalaysia

Replying to @eIja117 PART 3 – Syamsul Yusof akui sayang Puteri Sarah sebab itu lama bertahan walaupun rumah tangga ada masalah #syamsulyusof #puterisarahliyana #mstar

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Masih boleh terima lagi walaupun dah failkan tuntutan Puteri Sarah selingkuh..

Syamsul menjelaskan tuntutan tersebut difailkan atas nasihat peguam syariahnya kerana tidak mahu pengarah berkenaan berdiam diri selepas bertubi-tubi kenyataan berunsur fitnah dikeluarkan oleh pihak sebelah sana.

Malahan, asalnya dia sememangnya tidak mahu berbuat demikian kerana masih mahukan Puteri Sarah Liyana.

Terpaksa buka mulut untuk explain pada mahkamah

Selain itu, permohonan nusyuz dibuat bukanlah untuk berpisah tetapi lebih kepada memperincikan konflik rumah tangga mereka untuk pemahaman mahkamah.

Syamsul juga menegaskan berbuat demikian untuk menceritakan perkara dari sudutnya supaya masyarakat menilai dari kedua-dua perspektif.

“Failkan nusyuz tak semestinya kita nak berpisah, pasal nak cerita di mahkamah What’s Going On?”