Peguam tersohor ini berkongsi kehebatan lagenda Kedah, Wan Mat Saman yang tak diketahui ramai

Peguam tersohor ini berkongsi kehebatan lagenda Kedah, Wan Mat Saman yang tak diketahui ramai

MISKIN PETANI DAN KARTEL PADI MENGIKUT SANUSI

MB Kedah tiba-tiba menyatakan masalah Kedah miskin disebabkan Kedah diarahkan tanam padi. Siapa yang arahkan tidaklah diketahui.

Dahulu arwah pakcik saya, Haji Ahmad Abdul Kadir yang tinggal di Kota Bharu pernah cerita bagaimana ramai orang Kelantan yang bermigrasi ke Kedah untuk menanam padi. Tiada siapa yang arahkan mereka bermigrasi cuma disebabkan faktor iklim dan tanah serta pengairan telah menjadikan Kedah sebagai negeri Jelapang Padi dan ramai orang Kelantan bermigrasi ke sana untuk mencari rezeki yang lebih baik.

Dahulu waktu kecil kita pun selalu baca pasal Haji Wan Mat Saman. Beliau adalah Menteri Besar Kedah pada tahun 1885. Beliau telah menggali terusan sejauh 36 km yang menghubungkan Sungai Kedah dari Alor Setar sehingga ke kaki Gunung Jerai di Gurun. Bayangkan kesukaran menggali terusan waktu itu tanpa bantuan jentera berat. Jasa Wan Mat Saman itu telah dinikmati sehingga ke hari ini. Inilah contoh pemimpin yang berwawasan kebanggaan rakyat.

Tetapi Sanusi ini makhluk pelik dan aneh. Beliau tidak fokus terhadap isu yang dihadapi. Beliau jenis makhluk yang suka tembak peluru penabur yang dia harap peluru itu akan mencederakan musuh politiknya.

Kemudian beliau pula tabur peluru pasal kartel padi. Tetapi hal ini pun telah dijawab oleh Ketua Pengarah BPIP sendiri yang menjelaskan bahawa setiap lapisan pengeluaran padi ini ada lesen tersendiri. Nampak sangat Sanusi ini tidak bermaklumat mengenai industri padi. Tak kanlah beliau tidak tahu kewujudan Bahagian Pembangunan Industri Padi yang mentadbir dan mengawal selia hal padi.

Sebaliknya jika dilihat kepada Mat Sabu yang menjadi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan nampak begitu bersungguh sungguh membela petani padi. Di peringkat awal beliau telah memberikan RM250 setiap petani hasil sumbangan Bernas. Kemudian beliau meneroka tanaman padi di dalam negeri khasnya di Sekinchan dan cuba membawa produktiviti petani Sekinchan ke Kedah. Kemudian beliau melihat pula tanaman padi di Indonesia yang menjana hasil padi 5 kali dalam 2 tahun. Terbaru beliau melihat potensi padi untuk ditanam menggunakan air masin menggunakan teknologi China.

Sepatutnya Sanusi ini meletakkan cita cita beliau untuk menjadi sehebat Wan Mat Saman (bukan Mat Kena Saman ya) sebagai Menteri Besar Kedah. Anehnya, sebelum ini Sanusi sendiri pernah cuba sampai ke tahap itu tetapi di lap akhir sebelum PRN ini beliau membuat konar baring.

Sewaktu beliau membuat lawatan Maha bulan Ogos 2022, beliau membuat kenyataan bahawa “Kedah sentiasa komited untuk memastikan negeri ini kekal sebagai jelapang makanan negara dengan pengekalan guna tanah pertanian selain penggunaan aplikasi teknologi terkini dalam sektor berkenaan.”

https://www.sinarharian.com.my/article/216221/edisi/utara/kedah-mula-tanam-padi-lima-kali-dua-tahun-sanusi

Akhir akhir ini nampak Sanusi sudah menjadi delusional dengan PM10 dan cuba membuat pelbagai kenyataan politik yang tiada asas untuk menyerang PM10. Ada orang kata Sanusi ini MB sempoi. Entah apa yang sempoi kalau mulut longkang mengata orang sana sini sampai gigi Rafizi pun dia komen. Ini bukan akhlak pemimpin Islam yang mewakili Parti Islam. Tidak pernah lagi baca dalam sirah Nabi SAW hina gigi Abu Jahal.

Jadi kita harap Sanusi boleh fokus kembali kepada fungsi jawatan hakiki beliau yang berbaki sebulan ini. Jika beliau ada rezeki lagi jadi MB beliau kena ubah perangai buruk ini.

Kalau dia masih lagi nak amal peel perangai begini eloklah rakyat Kedah kalih bagi sama pemerintahan negeri Kedah dengan Federal supaya pembangunan Kedah dapat diselaraskan dengan lancar. Biar MB baru selepas PRN ini fokus kepada industri padi sehingga Kedah mampu mengeksport padi seperti Vietnam.

Sumber – Zulqarnain Lukman