Peja bantu jawab fitnah Mufti Perlis terhadap Amanah

Peja bantu jawab fitnah Mufti Perlis terhadap Amanah

Dakwaan Peja bahawa beliau terpaksa “menguruskan” pertengkaran setiap hari antara parti Amanah dan Dap ketika beliau memimpin kerajaan Pakatan Harapan Perak sebagai Menteri Besar secara tidak langsung menjawab fitnah jahat Mufti Perlis terhadap parti Amanah sebelum ini.

“Ketika saya dijadikan Menteri Besar Perak, kerajaan Pakatan Harapan dengan DAP dan PAN (Amanah) hari-hari kerja saya bergaduh atau menguruskan pergaduhan dalam mesyuarat, dedahnya seperti dilaporkan portal akhbar FMT.

Pada setiap Rabu ada mesyuarat Exco. Nak adakan satu mesyuarat tu kena buat tiga empat mesyuarat lain. Kenapa, karang (nanti) kalau bergaduh kalu bergaduh lagi kalau DAP minta hak milik kekal tanah kita tangguhkan dulu kita lengahkan,” katanya.

Faizal berkata terdapat satu contoh sebelum pilihan raya umum ke-14 di mana PH Perak mengemukakan manifesto yang kemudiannya ditawarkan oleh seorang pemimpin DAP untuk membantu mencetak.

Pemimpin ini kemudian menambah beberapa perkara lain ke dalam manifesto, dakwanya.

Beliau juga mendakwa terdapat kejadian apabila beliau didatangi pemimpin DAP yang meminta beliau melaksanakan sesuatu tanpa memberitahu pemimpin atau Exco Amanah.

“Amanah pun sama. Mereka akan berkata, ‘MB Peja (nama panggilan Faizal), buat satu atau dua perkara ini dahulu, jangan beritahu mereka’. Saya kata macam mana nak buat, kena bawa ini ke mesyuarat Exco.

Dr. Asri yang lebih dikenali MAZA dalam satu wawancara dengan pendakwah kontroversi Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu sebelum ini pernah berkata bahawa Amanah dilihat mengikut pendirian DAP dalam pelbagai isu dan berdiam diri daripada mengulas isu yang dikaitkan dengan masyarakat Islam.

Dalam kritikannya mengenai hubungan Amanah dengan DAP, dia mengatakan parti serpihan PAS itu begitu setia dengan rakannya dalam Pakatan Harapan (PH).